Sabtu, 27 Julai 2013

Aduh sakittttt

Salam semua. Ok ker puasa ari ni? Dah 2 hari sy sakit gigi... Baru sy tahu sakit gigi macam ni rasanya. Waaaaaaa.. Sakit. Susah kalau sakit gigi ni. Tido malam tak boleh, mkn susah, nak bercakap pon payah.
 Dengan nekad yang bulat selepas mengoogle pantang larang rawatan gigi di bulan puasa, akhirnya sy tamatkan riwayat gigi yang sakit tu td. Berdebar bukan main masa kat klinik tu td. Tp Allahamdullilah semuanya selamat hanya slps 10 minit dibius. Akhirnya tiada lg gigi yg bermasalah tu.

kerana orang-orang yang tidak bertanggungjawab

assalamualaikum . sehat ke korang? dah dua tiga ari sy tak dpt buka blog ni. marah, geram, menyampah semua ada rasanyA bila dapat tahu yabg masalah internet rumah kitaorg ni problem disebabakan oleh kecurian kabel telekom oleh individu2 yang hanya mementingkan diri sendiri.. takde kerja lain yang lebih mulia daripada mencuri ni? mengambil hak orang lain? kerana individu yang beperangai beginilah negara kita menanggung banyak kerugian. dan menyebabkan ramai orang yang susah. hah kan dah panjang ceramahnya tu. geram betul.

Allahamdullilah hari ni semua dah ok. Bolelah sy meneruskan kerja2 sy yg terganggu tu. Terima kasih kepada pihak berkenaan yang membaiki kerosakan.

Isnin, 22 Julai 2013

Menu nasi kerabu biru untuk berbuka puasa

Asalamualaikum semua. Sihat ke hari ni? Negara kita dilanda jerebu lagi nampaknya. Kali ni tak tahulah berapa hari Pulak br nak ok balik. Harap2nya takde lah seteruk yang hari tu.nyang 3 hari kita cuti dan sekarang bermati-matian kita menggantikan sekolah yang cuti hari tu. Penat wei sekolah 6 hari berturut-turut 3 minggu berturut. Puasa Pulak tu. Kalau tak puasa bole kita org buat pot luck. Hahaha. Oklah berbalik pada menu nasi kerabu,
                                                                        Ini sebenarnya menu berbuka kiorg semalam. Cara membuatnya sy main agak2 jer. Ulam pon sy guna yg mana ada jer

Ahad, 21 Julai 2013

Syndromania: Video | Bila Haiwan Obes

Syndromania: Video | Bila Haiwan Obes

Kerana aku tergoda

Asalamualaikum semua. Macam mana puasa hari ni? Mesti semua ok kan..... Dah tak lama lg kita nak menyambut hari raya.. Berbalik pada tajuk n3 kat atas tu, sebenarnya hari pertama puasa ari tu sy ada berkunjung ke blog masam manis, ternampak k.ita menayang air jagung yg sungguh menghiburkan. Tapi sy kuatkan iman dan menahan godaan dr k.ita. Tetapi yg membuatkan iman sy makin goyah bila ternampak pulak cmg duk menayang air jagung dia Pulak dua tiga ari lps tu. Dan hari ni dengan nekadnya sy bershoping bahan tok bijian air jagung macam k.ite dan cmg. Hasilnya sungguh memikat hati sy sekeluarga. Kami minum sampai kenyang kerana sy buat satu jug besar tok berbuka td. Jom layan gambarnya.
                                                                                                                                K.ita sy kongsikan resepinya di sini Pulak ya. Minta halal ya.

Bahan2nya:
3sudu perasa jagung
4sudu besar gula
1liter air
3sudu besar sus pekat
1/2cawan susu cair
1/2cawan jagung dlm tin.
Ais secukupnya

Cara2nya
Saya campurkan semuanya dalam satu periuk (kecuali ais) dan masak hingga mendidih. Dan sejukkan. Bila dah sejuk masukkan ais. Kalau manis tambahkan air. Sedia tok dinikmati. Selamat mencuba ya 
   

Sabtu, 20 Julai 2013

tart nenas bunga teratai

Salam semua.. Sihat ker. Pg td selepas bersahur ala kadar dgn En. hubby sy dgn penuh ketekunan dan nekad yang jitu telah memulakan aktiviti menguli adunan tok buat tart nenas. Bosan dgn bentuk biasa tart nenas yang biasa kita jumpa seperti tart gulung tu, saya dengan gigih menjelajah blog2 otai dalam dunia masakan tok cari resepi tart yang menarik. Cari punya cari akhirnya terbekenan dengan resepi yang dikongsikan oleh k.Azlita Aziz dalam blog beliau iaitu blog masam manis. Dan tadaaaaaaa..... Nilah hasilnya
                                                                      tart yang sudah siap.  amacan cun tak. Haha ya perasan la tu..... Tak malu betul.
                                                                       Kat sini saya minta izin dr k.azlita masam manis tok sy kongsikan resepinya disini.
Bahan-bahannya
115gm minyak sapi
115gm butter
1biji telur
450gm tepung redrose.
Air sejuk secukupnya (air dari dalam peti sejuk)

Caranya:
Pukul telur sedikit. Masukkan butter dan minyak sapi dan kacau rata. Masukan tepung sedikit demi sedikit. Kalau adunan terkeras, masuk kan air sejuk dan uli sebati hingga menjadi doh. Ambil sedikit doh canai kan dan terap menggunakan cutter letak dlm bekas kecil, isikan jem yang telah dibentuk. Bakar selama 25-30 minit pada suhu 165 @ 170degree. Selamat mencuba ya kwn2.

Khamis, 18 Julai 2013

Permintaan yang meningkat tetapi pengeluaran yang berkurangan

Salam semua.. Dah habis terawih ker? Syukur hari ni dah hari ke 9 umat Islam berpuasa. Maknanya dalam masa 3 minggu lagi kita semua akan menyambut aidilfitri. Macam mana persiapan korang? Semua dah beli ke? Baju raya, biskut raya, kuih raya ?..... Semua dah tempah? Saya ni satu apa pon tak prepare lagi.... Masih duk berkira- kira lagi ni tak habis- habis..
    Berbalik pada tajuk n3 kat atas tu, permintaan yang sedang meningkat ni ialah
                                                                    Susu anak saya ni... Stok dah semakin kurang, tapi anak dah semakin besar ni makin banyak minum susu walaupun dah makan bubur nasi tapi tetap minum banyak jugok. Yang menghairankan saya juga , badannya tak besar2 walaupun banyak makan dan minum. Bulan puasa ni lagilah kurang penghasilan susu badan kerana kita kurang minum. Ada tak sape2 yang ada petua macam mana nak tambahkan susu badan di bulan puasa ni?

Isnin, 15 Julai 2013

Roti jala cmg

Salam semua. Dah 6 hari kita berpuasa ya. Berbuka mkn apa td? Lps blk kerja td tanpa berlengah terus sy mencari resepi roti jala. Cari punya cari akhirnya terbekenan dengan resepi di dapur tanpa sempadan milik cmg tu. Resepi ya mudah jer, cara buat pon senang dan cepat. Yang paling penting mestilah sedap. Roti jala ni sy mkn dgn kari daging yg dicampurkan kentang dan lobak merah yang di dadu kasar. Jam layan gambar kat bawah ni.
                                     
Roti jala yang dah siap tok di hidang.

 
Masih dalam kuali. Tgh masak.


Ahad, 14 Julai 2013

Popia goreng permintaan anakku

Hari ni dah hari kelima umat Islam berpuasa. Alhamdulillah dgn nikmatNYA sy masih mampu menjalankan ibadah ini. Hari ni atas permintaan anak sy yg sulung tu, kami semua berbuka dgn juadah popia goreng dan dicicah dengan sos yg dicampurkan dgn kacang tumbuk.
                                                                   Nilah popia goreng sy yg berintikan ayam, lobak merah, kubis dan sengkuang aje.     Mmmm Anak sy ni permintaannya mcm2 tp puasanya tidak juga. Layankanlah saja ibu ya. Anak oh anak.........

Sarapan untuk yang tak puasa

Tak puasa? Bukan sy bukan sy...... Yg tak puasa sy maksudkan ialah anak2 sy yg 3 org ni.... Dia org ni kecil lg. That y belum puasa lg. Yg kakak tu sy dah ajar skit2 la, mcm kejutkan sahur. Tp bila dia buka je mata terus makan roti sama adiknya. Alahai anak omakkkkkk...   Pg ni sy sediakan pulut dgn ikan rebus tok dia org sarapan. Berselera betul si kakak ni kalau pulut ni.

Aktiviti hujung minggu

Salam semua. Hari ahad muncul lagi. Sy Mmg suka hari ahad ni coz dapat duk rumah dgn anak2.  Smlm sy bekerja mengantikan cuti masa jerebu hari tu. Telah hari tu ke masing seronok lg dapat cuti, skru kena ganti blk. Hahaha padam muka.

Jumaat, 12 Julai 2013

Rujukan kala buntu

Salam  semua. kornag pernah tak singgah kat blog cmg? milik abg mat gebu tu? Tulah blog yang wajib saya intai kala kebuntuan atau ketandusan idea tok masak. kadang2 tu kalau musin rajin, tiap2 hari sy mengintai dapur abg mat gebu tu? Gebu ke abg mat ni?

marhabah ya Ramadhan

salam semua.. .Ramadhan muncul lg.  dah hari ke 3 puasa br sy berkesempatan tok bersiaran dsini. hihihi. masak apa ya tok sahur nanti?  ada idea tak?