Ahad, 25 Ogos 2013

Kek coklat moist mudah

Aassalamualaikum semua. Sihat ke? Kelmarin 23/8/2013 ialah trailhead lair anak sy yg ke-2. Sebagai Hadiah, sy buatkan sibiji kek untuk beliau?
 Sy hias kek ini Dengan Krim cheese dalam bentuk angry bird. Kat dalam kek ni ialah kek coklat lembap yg sangat simple tp sedap. Sukatannya pon pakai cawan jer.
Kek ni sy potong kepada dua lapis dan letakkan Krim cheese bersama coklat secara berselang seli dan menjadikan ia kek Russian black and white kek. 
Resepi kek coklat moist seperti di bawah ya. 
1 cawan tepung kek
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 susu kecil baking powder
1 susu kecil sodium bikarbonat.
3 Biji telur

Cara:
1- Ayak bersama tepung, baking powder dan sodium bikarbonat dan ketepikan.
2- Dalam periuk Satukan serbuk koko, gula, minyak, susu pekat dan susu cair, dan masak sekejap sambil mengacau sampan gula cair. 
3- Dalam bekas lain, pukul telur sekejap dan masukkan kedalam adunan koko yang telah suam sambil mengacau.
4- Akhir sekali masukkan tepung dan kacau sebati
5- Kukus kek selama sejam

Jumaat, 23 Ogos 2013

Kek coklat strawberry

Kek ini ialah tempahan Dari kwn office hubby untuk birthday anaknya. Asas kek ini sy gunakan kek coklat lembap resepi dr blog masam manis. Seperti biasa kek ini sy potong kpd 3 lapisan dan setiap lapisan sy letakkan fresh cream dan buah strawberry. Sebenarnya hari ni juga merupakan hari JASI anak  kedua sy. Dah janji nak buatkan kek angry bird tp belum siap lg

Ahad, 18 Ogos 2013

Mee kari yang simple

Asalamualaikum. Dah makan semua? Masak apa ari ni? Tengah hari tadi sy masak mee kari jer.. Tekak ni terasa jemu Pulak asyik duk makan nasi. Sekali skala kita ubah selera ok jugak kan. Maka terhasil lah mee kari yang simple ni. Cara buatnya pon senang. Jom kita tengok resepi nya.

Bahan- bahannya..
Sebungkus mee kuning dicelur sekejap untuk menghilangkan rasa kapur dan minyak yang melekat.
200gm ayam dipotong kecil
1 inci halia
2 ulas bwg putih
5 ulas bawang merah
2 sudu besar serbuk kari
Santan
Rempah 4 sekawan
Tauhu goreng dipotong 4
Fish kek dihiris nipis
Daun kari

Untuk dimakan bersama mee nanti.
Sawi dicelur
Taugeh
Cili merah dihiris serong
Bawang goreng
Telor rebus
Limau kasturi

Cara memasak.
1- halia, bwg putih dan merah ditumbuk lumut kemudian ditumis bersama rempah 4 sekawan sehingga kekuningan masukkan daun kari
2- masukkan rempah kari dan sedikit air, tumis sehingga wangi
3- masukkan ayam dan goreng sekejap. Masukkan santan da masak sehingga mendidih
4- tambahkan fish kek, fish ball, tauhu, dan perisakan dengan garam. Bila dah ok tutup api.
5- dalam mangkuk hidangan letakkan sedikit mee, sawi dan taugeh serta telor rebus, kemudian letak kuah bersama isinya. Taburkan bawang goreng dan letakkan limau. Sedia dinikmati.

Resepi laksa lemak yg simple gerenti sedap

Asalamualaikum. Sehat semua? Hari ni sy dan keluarga sarapan dengan laksa kuah lemak. Kebetulan semalam pergi pasar borong dan terbeli laksa yang di import dari Kelantan nun. Laksa ni mmg dah siap untuk dimakan. Hanya perlu buat kuah je. Tp sy jirus jugok laksa ni dgn air panas sebelum di hidang bg menjamin kebersihan dan memuaskan hati. Hihihi.

Resepi ni sy belajar dari mak mentua sy di BACHOK Kelantan. Resepinya mudah sangat tapi sedap. Ok mari kita tengok resepinya ya.

Bahan-bahannya:
5 ekor ikan sardin / Selayang / kembung direbus dan diasingkan isi dan tulangnya.
1 liter santan.
4 biji bawang merah
1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk
2 keping asam Gelugor
Garam

Caranya
1- Blend isi ikan, santan dan bawang bersama sehingga hancur dan halus.
2- Masukkan dalam periuk, tambahkan lada hitam dan asam
3- Kalau terlalu pekat bole tambah air mengikut kesesuaian atau selera anda. Masak sampai mendidih sambil dikacau perlahan-lahan
4- Tambah garam da sesuaikan rasa. Tutup api dan bole dihidangkan.

Resepi sambal lada.
Segenggam lada kecil
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
4 sudu cuka
( semua bahan diatas dikisar bersama)



Cara-caranya:
1- Masukkan isi ikan, santan, bawang dalam bekas blender dan blender
Cara-caranya:
1- Masukkan isi ikan, santan, bawang dalam bekas blender dan blender

Khamis, 15 Ogos 2013

Kek coklat banana

Asalamualaikum semua. Sihat ker? Hari ni saja nak kongsikan gambar kek birthday adik Yinh Hong yang jatuh pada bulan puasa ari tu. Dekonya sy buat simple je coz lupa Pulak ari tu nak tanya kwn yang order ni berapa umur anaknya ni. Hihihi. Sory ya.
 pandangan dari atas.
Pandangan sisi
Kek coklat togel tengah disejukkan
Proses melapis lapisan pertama

Rabu, 14 Ogos 2013

Kuih akok resepi kelantan

Asalamualaikum. Petang ni teringin Pulak rasanya nak makan kuih akok yang tersohor di Kelantan tu. Dengan pantas sy pon carilah resepinya. Cari punya cari terbekenan lah resepi dari blog aziejaya yang kebetulan berasal dari Kelantan nun. Dan inilah hasilnya..
 Inilah kuih akok yang sedang menanti untuk di nikmati.
Resepinya disini ya. Bahan-bahan pon mudah je.

5 biji telor
150gm manisan nisan atau gula Melaka
30gm tepung gandum
200ml santan pekat
100ml air
Secubit garam
3 helai daun pandan.

Caranya.....
1- Air, manisan, dan daun pandan disatukan dalam periuk dan dimasak sampai mendidih.
2- Masukkan santan dan biarkan sejuk sebentar.
3- Bila dah suam, satukan dengan telor, tepung gandum dan garam. Blenderkan sekejap.
4- tapiskan kedalam acuan yang telah dipanaskan sekejap dan dioleskan  dengan sedikit minyak.         ( saya guna acuan muffin je.)
5- Bakar pada suhu 200 selama 10 minit. Siap untuk dihidangkan.   


Ini pula kuih yang baru kuat dari oven. Dan di bawah ni kuih akok yang tengah mengembang di dalam oven. Masa tengah bakar bukan main lagi dia naik cantik tapi bila dah kuat dari oven dengan cepatnya dia akan turun. Sebab itulah kuih ni jadi berkedut dan di panggil akok kedut.


Resepi kek karamel dari blog masam manis

Asalamualaikum semua.. Sihat ker? Dah lama saya bercuti belum terlambat lg rasanya untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat kwn2 w/p hari ni dah 7 Syawal. Mohon maaf sekiranya ada salah dan silap. N3 sblm ni sy janji nak kongsi resepi kek karamel kan. Ok skrg sy kongsikan resepinya seperti yang sy belajar dari blog masan manis milik pn. Azlita Aziz yg famous meletup tu.
     
                                             BAHAN2NYA:
A...
6 biji telor putih
60gm gula halus (dalam 6sudu besar)
1/2 sudu teh cream of tar tar ( tak letak pon takpe)

B...
3 biji kuning telor
45 ml minyak jagung ( minyak masak pon bole)
135 ml air
60 gm gula halus
140 gm tepung naik sendiri diayak

C....
3 biji telor kuning
60 gm gula halus
1/2 cawan susu cair
 1sudu teh esen vanilla

D...
2sudu gula dibuat karamel

Cara-caranya....
1- Bahan D dimasak dlm loyang sehingga menjadi gula hangus kemudian diratakan dlm loyang dengan mengerak gerakkan loyang ke kiri kanan. Sejukkan.
2- Bahan C dicampur sebati kemudian di tapiskan kedalam loyang yg berisi karamel td.
3- Bahan A dicampur semua kemudian dipukul sehingga kembang, ringan, dan kaku atau bertanduk. Ketepikan. 
4- Untuk bahan B, dalam bekas lain pukul telur, minyak dan air sehingga putih, masukkan gula dan pukul lagi hingga naik 2 kali ganda. Kaup balik kan tepung perlahan - lahan kedalam adunan kemudian Kaup balik kan adunan putih telur td sehingga sebati. 
5- bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
6- letak adunan tepung yang telah diwarnakan diatas campuran karamel td perlahan- lahan mengikut warna pilihan sehingga habis. 
7- bakar dengan kaedah water bath pada suhu 170 selama 50 minit.


Esen vanila

Ahad, 4 Ogos 2013

allahhamdulillah

Assalamualaikum. Dah lama rasanya yg tak buka blog ni. Akhir ramadhan sblm cuti skolah ni sibuk sgt rasanya diri ni. Dengan kerja skolah, dgn kerja rumah, nak kekas bj anak2nak blk kg lg, dN siapkan tempahan kwn2. Tahun ni saya buat tempahan kek keramel coklat dan karemel pelangi sahaja. Allahdulillah sambutan dan sokongan kwn2sungguh menggalakkan. sampai tak menang tangan sy siapkan. tapi takpelah kaalau hasilnya berbaloi. sy harap kwn2 berpuas hati dgn tempahan yang diterima ya. n3 seterunya nanti sy akan masukkan resepi kek karemel tu ya. bye2