Selasa, 17 September 2013

Roti naik cmg

Asalamualaikum semua. Sihat ker? Dah mkn? Hari ni sy nak kongsikan resepi roti naik yang yg intai dr dapur cmg. Sy ni hari2 duk jenguk dapur cmg, tp skrg cmg macam dah jarang upload resepi baru. Kalau dulu hari 2 mesti ada tiap-tiap hari. Sibuk bebenor agaknya cmg skrg ni ya. Takpelah Jom kita layan dulu gambar roti nya .
                        Fresh from  the oven.                                    Roti yang telah dikoyakkan

Bahan-bahannya......
400 gm tepung roti
100 gm tepung hong kong ( sy guna tepung gandum penuh)
11 gm yis kering
250 ml air
50 gm susu tepung
180 gm gula perang ( sy guna 120 gm sahaja)
100 gm butter.

Cara-caranya....
1- Campurkan semua bahan diatas kecuali butter kedalam mixer dan adun menggunakan pemukul cangkuk.
2- apabila dah sebati tambahkan butter sedikit demi sedikit dan terus mix sampai mendapat doh yang tidak melekat di bekas dan kenyal.
3- Perap doh selama 45 minit atau sehingga naik 2 kali ganda.
4- Tumbuk- tumbuk kan doh untuk buang angin dan bahagikan kepada beberapa bahagian kecil dan bulat- bulatkan dan susun dalam loyang.
5- Perap lagi selama 1 jam
7- bakar pada suhu 170 selama 25 minit.
In the oven...

Isnin, 16 September 2013

Puding roti berkeju

Asssalamualaikum semua. Untuk n3 kedua hari ni sy kongsikan resepi dari blog dapur tanpa sempadan yang telah saya cuba petang td. Puding roti hasil air tangan En mat gebu ni sangat sedap tetapi saya olah sedikit mengikut kesesuaian bahan yang ada kat dapur rumah saya..

Jom kita tengok resepinya...

6 keping roti dipotong kecil
2 sudu kismis
2 sudu coklat chip
1 sudu badam cincang
4 keping keju
1 cawan susu
1 sudu gula
1 biji telor
1 sudu butter dicairkan
Butter

Caranya.....

1- susun separuh roti dalam loyang, taburkan 1 sudu kismis, 1 sudu coklat chip, dan 2 keping keju yang dicarik-carikkan.
2- susun roti yang selebihnya dan kismis, coklat chip, badam dan keju.
3- dalam bekas lain, campurkan susu gula, telor, butter cair dan esen vanila dan kacau sebati. Kemudian tuangkan keatas roti td.  Letakkan butter dan perap selama 10 minit. Bakar dalam oven selama 30 minit pada suhu 180. Sementara tunggu puding masak, Jom kita buat sos kastard pula..

Bahan sos kastard...
1 cawan susu
2 cawan air
1 sudu gula
1 sudu kecil esen vanila.

( campurkan semua bahan dalam periuk dan masak sambil terus mengacau nya sampai pekat. Kemudian sejukkan sebelum dihidangkan

            Puding sebelum dibakar.                           Puding selepas dibakar


Kuih belimbing



Asalamualaikum. Sihat semua. Seronok cuti hari ni? Selamat Hari Malaysia sy ucapkan pada semua ya. Kali ni sy nak kongsikan satu resepi kuih yang agak jarang diketahui. Rasa-rasa sy, kuih belimbing ni hanya ada di negeri Terengganu sahaja. Sebabnya sepanjang hidup ni, saya tak pernah jumpa kuih ini kat tempat lain, kecuali di Terengganu. 
Yang sebenarnya juga, saya sendiri tak pernah makan pon kuih ni. Tetapi tetiba rasa teringin nak mencuba selepas ternampak kuih ni di blog mamawandiha aka ratna. Cara buat pon sangat mudah dan rasanya pon sedap sangat. Sesuai sangat dibuat untuk sarapan atau pon tok minum petang. Sangat sedap dimakan ketika masih panas kerana keranggupannya dan rasanya yang seakan-akan krim puff.
Oklah Jom kita tengok resepinya yang sangat mudah.

Bahannya....
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar gula
1 sudu besar butter
1 biji telur

 Cara-caranya.....
1- didihkan air, gula dan butter dalam periuk.
2- sementara tunggu air mendidih, pukul sedikit telor.
3- setelah mendidih, masukkan tepung dan kacau cepat-cepat sehingga sebati dan masukkan telor dan kacau lagi.
4- panaskan minyak dalam kuali untuk menggoreng.
5- masukkan bancuhan kedalam piping bag dengan menggunakan acuan semperit, picit adunan tepung kedalam minyak panas.
6- goreng hingga kuning keemasan. Taburkan gula aising dan siap tok dihidangkan.

Kuih belimbing yang belum dimandikan dengan gula aising



Sabtu, 14 September 2013

Kambing masak kicap

Asalamualaikum semua.... Hari ni sy nak kongsikan satu resepi mudah yang sy masak 3 hari lepas. Resepi ni sangat simple dan mudah untuk disediakan tetapi yang penting ialah sedap. Inilah dia kambing masak kicap. Ok tak yah cakap byk,  Jom kita tgk resepinya..

Bahan-bahannya.......
1/2 kg daging kambing ( potong kecil dan cuci bersih )
Sebiji bawang besar ( dikisar )
2 ulas bawang putih ( dikisar )
1 inci halia ( dikisar )
1 sudu lada hitam tumbuk kasar
Rempah 4 sekawan
2 sudu minyak untuk menumis
5 sudu besar kicap
Air

Cara-caranya....
1- panaskan minyak dan tumis kan bahan kisar sehingga wangi.
2- masukkan rempah 4 sekawan dan lada hitam kemudian kicap. Masak sekejap.
3- masukkan daging kambing dan tambah air secukupnya.
4- masak hingga empuk dan perasakan. Sedia untuk dihidang.



Isnin, 9 September 2013

Kerabu rumpai laut

Salam.... Hari ni adalah Kali pertama sy cuba buat Kerabu rumpai laut walau pon rumpai laut ni dah sebulan bertapa kat dapur rumah ni. Allahamdullilah sedap dan takde rasa pelik dan bole ditelan selamba oleh kami suami Isteri. Hihihi. Resepi ni sy belajar dr ibu sy tercinta Tp sy oleh mengikut bahan yg Ada kat rumah ni.
Rumpai laut yg telah direndam selama 20 jam.


Bahannya......

2 pohon rumpai laut di bersihkan Dan direndam sekurang-kurangnya 12 jam ( dihiris halus )
1 biji bawang besar ( dimayang)
Segengam taugeh ( dibersihkan)
Sigengam kelapa parut ( disangai hingga kekuningan)
5 biji cili api ( dihiris)
Daun kesum ( dihiris halus)
4 helai daun limau purut ( di hiris halus)
Secubit garam 
3 sudu gula
Jus limau nipis Dari sebiji buah.

Caranya.... 
Campurkan semua bahan di atas Dan Gaul sebati. Adjust rasanya kalau dah ok, bole lah dihidangkan...

Bahannya......

Cempedak goreng

Assalamuaikum semua. Apa kabar hari ni? Kat sini sy nak kongsikan resepi cempedak goreng yg sy goreng menggunakan tepung magik. Sbnrnya bukan sy suka2 nak guna tepung tu, tp disebabkan sy terlupa nak beli tpg beras masa g pasar pg tu.
So inilah jadinya kalau penyakit pelupa selalu hinggap ni. Nasib baik lah sedap jadinya. Sy just campurkan 1 cawan air, 1/2 cawan tepung magik, 3 sudu tepung, sedikit serbuk kunyit dan sedikit Kapur makan. Semua tu diadun sebati Dan digunakan untuk mengoreng cempedak tu.

Ikan singam terengganu

Assalamualaikum.... Ok skrg sy nak kongsikan resepi kepada pasangan sambal belacan sy, iaitu ikan singam terengganu. Dulu sy tertanya-tanya jgk apa beza singam trg Dan singam klate ni. Dan skrg sy jelaskan kat sini bezanya hanyalah penggunaan kunyit dlm resepi trg. Ttp resepi klate tidak diletakkan kunyit. So inilah dia ikan aya atau tongkol singam Terengganu kiteee..
Jom kita tgk resepi yg sgt mudah ni..

Bahannya ialah.....

3 keping ikan tongkol dibersihkan
3 keping lengkuas
2 keping kunyit hidup
1 keping asam gelugur
Garam Kasar
Sedikit nisan ( manisan org pantai timur)

Caranya....

Dalam periuk masukkan lengkuas, kunyit, asam, sesudu garam dan 3 cawan air. Masak semua bahan td hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan ikan Dan Nisan. Bila dah Masak bolelah dihidang bersama nasi Panas, sambal belacan, Dan ulam- ulaman. Lagu sedap kalau ikan dimasak lama dengan menggunakan api perlahan.

Sambal belacan

Assalamualaikum. Hari ni sy kongsikan disini resepi sambal belacan malas ya. Kenapa  malas? Webb sy blend semua bahan ni. Sambal belacan lagu sedap kalau kita tumbuk dgn lesung. Baru terasa keasliannya. Ok tak mau cerita byk, jom kita tak bahannya.
Bahannya......
10 Biji lada merah dibuang biji
10 Biji cili api
2 inci belacan bakar 
6 biji limau kasturi dibelah 2 Dan di asingkan jus dan kulitnya. Jgn lupa buang biji.
2 susu gula putih.

Caranya....
Masukkan semua bahan termasuk jus limau Dan kulit dua biji limau td kedalam blender dan blend hingga hancur. Tp jgn terlalu halus nanti tidak sedap. Tak perlu masukkan air kerana jus td Sudah cukup. Letakkan dalam bekas. Baki kulit limau td dimayang atau dihiris halus Dan di campurkan kedalam sambal belacan td. Sedia dihidang. Sy suka mkn dgn ikan singam seperti Dom gambar ni,

Selasa, 3 September 2013

Mee sup mudah sangat

Assalamualaikum semua.... Kali ni saya nak kongsikan resepi mee sup yang sangat mudah Dan sesuai untuk hidangan anak2 kita. Mee ni tak pedas Dan Neal dimakan ketika masih panas.
Bahannya......
Segengam mee kuning dicuci Dan ditoskan
Sedikit isi ayam
Sedikit kek ikan
Sedikit tauhu digoreng
Sebiji telor
Sayur sawi
2 ulas bwg putih
1/3 sudu kecil Lada sulah  
Minyak untuk menumis

Caranya.....
Panaskan minyak Dan Tunis bwg putih.
Bila dah wangi masukkan ayam. Masak sampai separuh masak.
Masukkan 1 liter air Dan tunggu sampai mendidih
Pecahkan telor ke dlm kuah, tambah kek ikan, tauhu, sayur, Lada sulah Dan perasakan dgn garam.
Bila dah ok tutup api Dan hidangkan bersama mee td.
Tadaaaaaaaa...........


Kek coklat lembap sedap garenti jadi

Assalamualaikum.... Hari ni nak tayang lg kek coklat lembap atau moist coklat cake yang ramai peminat ni. Kek ni sy buat tuk jualan kat tempatkerala sy semlm. Resepi kek ni sbnrnya dah beberapa Kali sy kongsikan dlm blog ni. Takpe, hari ni sy ulang tayang resepinya lagi
Bahannya......
1 cawan tepung superfine
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 susu kecil baking powder
1 susu kecil sodium bikarbonat.
3 Biji telur

Cara:
1- Ayak bersama tepung, baking powder dan sodium bikarbonat dan ketepikan.
2- Dalam periuk Satukan serbuk koko, gula, minyak, susu pekat dan susu cair, dan masak sekejap 
     sambil mengacau sampai gula cair. 
3- Dalam bekas lain, pukul telur sekejap dan masukkan kedalam adunan koko yang telah suam    
     sambil mengacau.
4- Akhir sekali masukkan tepung dan kacau sebati, masukkan dalam acuan atau loyang
5- Kukus kek selama sejam


Jelly pancawarna

Inilah dia jelly pancawarna untuk jamuan hari raya kat tadika anak saya. Saje je letak Nama biar glamour skit. Padahal sy guna serbuk dadih jenama green grass tu jer. Caranya pon mudah sgt. Ikut jer arahan pada bungkusan dadih tu garenti Jadi. Sy buat 3 perisa, strawberry, coklat Dan laici. Lapisan bawah tu sy letak agar2 Dan rainbow jelly. Sy kurangkan sikit air dalam suka tan dadih tu tuk dapatkan tekstur yang keras sikit.




Gulai tempoyak ikan patin

Assalamualaikum semua. Sihat ya.. Rutin hujung minggu family sy ialah memenuhkan peti ais kat dapur tu. Dan seperti biasa kalau Bukan sy sendiri yg ke pasar borong, suami yg Akan ke sana. Hari tu my hubby pergi Dan beli ikan patin pahang katanya. Iye ke idok pahang mari, tak tahulah sy. Kebetulan bunga kantan yg sy bawa dr kg Ada lg sekuntum so sy masaklah patin Masak Tempoyak ni. BahAnnya cukup mudah. Daunt kesum pon sy petik blog rumah je. Jon kita tak resepinya

Bahan...
4 ketol ikan patin dibersihkan Dan rendam dlm air Asam jawa 5 minit
4 ulas bwg merah
1/2 inci lengkuas
1 Biji cili besar dibuang Biji. ( kalau suka pedas bole tambah cili api)
2 sudu besar penuh tempoyak
Daun kesum
Bunga kantan
Garam
Gula.

Cara memasak...
Bawang, lengkuas, cili Dan Tempoyak di blender Dan masak dgn seliter air sampai mendidih.
Masukkan ikan tunggu sampai mendidih
Masukkan bunga kantan, daun kesum, Garam Dan gula. Masak lg 5 minit tutup API dan Sedia took dinikmati

Isnin, 2 September 2013

Donut gebu gebas

Aassalamualaikum. Hari ni sy nak kongsikan resepi donut yang sy ambil dr blog azie jaya. Cantik donutnya. Lembut gebu dan menjadi.
Donut ni sy buat bentuk mikey supaya dapat menarik minat anAk sy tok mkn. 
Jon Kita tgk resepi ya 

Bahan
500 gm tepung gandum
1 packet mauripan
1 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar lelemak sayur
110ml air suam.
2 Biji telor

Cara menyediakannya
Dalam satu bekas yg besar, campurkan air, Mauripan, gula, susu Dan lelemak sayur. Biarkan 10 mminit. Slps itu masukkan telor yg telah dipukul sedikit. Kacau dgn pemukul telur. Masukkan tepung dan uli sehingga mendapat doh yg licin Dan bersih. Bolelah dicanai Dan goreng. Donat ini tidak perlu di perap.