Ahad, 23 Februari 2014

Roti boy @ Mexican bun from kak Mimi

Assalamualaikum Dan Salam ahad semua. Harap kalian semua sihatlah ya. Sekarang ni cuaca Panas betulkan.... Dah minum byk air pon still rasa dahaga. Hari ni saya nak kongsikan resepi roti boy atau Mexican bun yang resepi ya diberikan oleh kawan saya iaitu kak Mimi susiyana. Ok jom kita layan gambar dulu ya.
Resepi nanti saya Akan masukkan dalam entri Akan datang ya. ( huhuk kerajinan melanda)
Ini roti yang dah masak

Roti yang tengah tunggu turn nak masukkan oven

Bun yang tengah merehatkan dirinya

Ini pula bun yang sedang mengembang


Resepi untuk blogger aisy nasiha

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera semua. Hari ni saya kongsikan resepi asam gumpal kuah nangka seperti yang telah saya janjikan pada rakan saya skit hari dulu.
Ok kita mulakan dengan bahan-bahannya:
Bahan sagu:
300gm biji sagu di cuci Dan toskan
1 cawan air suam

Bahan inti:
1 cawan kacang hijau
Gula melaka
Air.
**rebus kacang hijau hingga empuk Dan masukkan gula Melaka. Bila dah Masak, sejukkan. Selepas itu, bulat-bulatkan sebesar biji guli.

Bahan kuah:
Santan
Buah nangka
Gula.

Cara memasak...
1- masukkan air suam kedalam sagu Dan kepal-kepalkan. Letakkan inti di tengah Dan bulatkan kembali. Buat sampai siap Dan kukus selama  30 minit.
2- Masak santan hingga mendidih, masukkan gula Dan nangka. Seterusnya masukkan sagu yang telah siap di kukus kedalam kuah. Biar mendidih kejap Dan tutup API. Bole lah di sejukkan sebelum dihidang.
Harap fahamlah ya cara kat atas tu, selamat mencuba kawanku.


Sabtu, 22 Februari 2014

Blueberry cheese cake like sc

Blueberry cheese cake ni adalah tempahan daripada adik ipar saya, Suriati yang tinggal di tadi jaya shah alam.

Khabarnya kek ni nak dibawa berkelah di tasik shah alam bersama kawan-kawannya.

Semoga perkelahan kalian Akan lebih meriah dengan kek ni.

Biskut lidah Kucing pelangi

Assalamualaikum Dan salam sejahtera. Seronok nya hari sabtu kalau tak bekerja kan? Hari ni saya nak kongsikan resepi biskut lidah Kucing pelangi yang saya Cuba malam tadi. Hasinya tidak mengecewakan walaupun ini adalah percubaan pertama saya. Resepi ni sebenarnya dah lama saya intai Dari blog Masam manis azlita, tapi kerajinan belum muncul sehinggalah malam tadi.

Ok jom kita tengok resepi yang mudah ni ya.
Bahan-bahannya :
200 gm tepung ( saya guna tepung red rose)
50 gm tepung jagung
1/4 sudu kecil emplex ( saya tak letak)
250 gm butter
175 gm gula kastor ( saya guna 120gm)
100 gm putih telur ( dalam 2 biji telur saiz A)
Pewarna Dan perasa yang disukai

Cara-cara:
1- tepung Dan emplex di ayak bersama.
2- butter Dan gula dipukul sehinggalah gebu Dan masukkan putih telur. Pukul lagi sehinggalah kembang.
3- masukkan tepung Dan kaup Balikpapan sehinggalah sebati.
4- masukkan pewarna yang anda suka Dan masukkan kedalam piping bag seperti gambar dibawah.
5- Paipkan dalam acuan ( saya tiada acuan Dan saya Paipkan pada belakang loyang.
Bakar pada suhu 150 selama 13 minit.

Bancuhan yang telah diwarnakan siap untuk digunakan.





Isnin, 17 Februari 2014

Cempedak jeruk

asslamualaikum. apa kabar ya semua. sy sentiasa sihat. Allahamdulillah.. kali ni sy nak kongsikan resepi jeruk kulit cempedak. Cara buat jeruk ni sy belajar melalui was up daripada blogger aisy nasiha. Terima kasih ya kawan.
        Cara membuatnya sangat mudah. Hanya perlu kupas kulit luar cempedak tu kemudian potong kecil dan cuci bersih. Seterusnya masukkan dalam bekas yang bersih, masukkan garam Dan air, rendamlah untuk 3 hari sekurang-kurangnya sebelum digunakan..

Ahad, 9 Februari 2014

Cempedak oh cempedak

Assalamualaikum Dan selamat petang.... Petang ni makan apa korang?  Saya cadangkan cempedak goreng.... Tapi kami makan cempedak goreng ni sebagai sarapan pagi tadi sebab tak sabra nak tunggu petang. Cempedak ni berat ya lebih Dari 2kg. Isinya sangat manis....

Inilah cempedak yang saya goreng tu. saya beli di pasar borong petang semalam. Harganya mak aiii mahallah. Sekilo rm6. Mahallah bagi saya yang tak biasa beli buah ni sebab selalu p petik kat pokok nenek je. Hihi 

Campuran tepung beras, kunyit, telor, air, sedikit kapur Dan garam.

Buah cempedak yang telah di asingkan daripada kulitnya. Elok isinya. Manis Dan tebal
Inilah hasinya... Cempedak goreng yang saya jadikan sarapan kami pagi tadi.

Mee sanggul

Assalamualaikum... Sihat semua. Entri pagi ni saya hanya nak perkenalkan mee sanggul. Masih ramai yang tidak kenal dengan mee sanggul ni rupanya....
Inilah rupanya mee sanggul yang saya beli di pasar borong. Hanya hanya rm2 sahaja

Ini pula mee yang seketul tu. dlm setiap pek Ada dlm 6-7 ketul sanggul

Khamis, 6 Februari 2014

Chicken chop home made

Selamat petang semua. Ini dia chicken chop hasil rekaan saya yang menjadi santapan keluarga kami malam semalam.

Cara buat yang mudah Dan tak payah resepi.. Saya just perap peha ayam yang telah dibuang tulang dengan sedikit garam, sos lada hitam, madu Dan sedikit herba campur. Perap lah berapa lama yang anda suka kemudian pang gang ayam tu.

 Ini pula adalah kids version. Tak Ada SOS sebab takut pedas

Rabu, 5 Februari 2014

kuih onde-onde atau buah melaka


salam semua. hari ni sy nak tunjukkan buah melaka a.k.a onde-onde. ini  adalah sejenis kuih tradisional yang sedap dan yang paling penting mudah dibuat. bahan yang digunakan hanyalah tepung pulut, air daun pandan, sedikit kapur, gula melaka yang dipotong kecil Dan kelapa parut


Selasa, 4 Februari 2014

Mee sanggul Masak sup daging

Assalamualaikum... Selamat petang. Nilah mee sanggul sup daging yang kita orang makan malam tadi. Mee sanggul ni saya beli 2 minggu lepas kat pasar borong. Sebungkus ada 7 ketul sanggul harganya rm2 sahaja. Ok la kan? Apa yang mengujakan saya untuk beli mee ni wp tak tahu nak Masak apa ialah ia keluaran bumiputra Islam yang terjamin halal..

Selepas 2 minggu mee ni bertapa kat dapur tu, saya pon terpikir nak Masak sup... Nak guna bihun dah bias a sangat. Saya cuba-cuba la Masak mee sanggul sendeng ni. Rasanya pon ok. Sedap bg saya. Anak2 pon makan habis siap hirup2 lagi kuahnya.

Sebenarnya yang saya Masak ni bukanlah sup sangat pon... Caranya mudah.. Sy tumbuk bawang putih Dan bawang merah bersama sedikit lada hitam. Kemudian sy tumis menggunakan minyan zaitun.. Bila bawang dah Masak Dan wangi, saya masukkan hirisan dagingyang telah direbus bersama air rebusannya sekali. Letak la air ikut keperluan kuah korang ya.
Bila kuah dah mendidih, masukkan sayur apa saja yang korang nak, letak garam atau bahan perasa, sesudu cuka epal, Dan akhir sekali masukkan mee sanggul. Masak sampan mee lembut Dan bole dihidang.  
Senangkan......

Nasi lemak untuk kakak

Selamat pagi.. Dah sarapan?  Saya Masak nasi lemak pagi ni. Ini adalah disebabkan oleh permintaan anak sulung saya, Syahirah.
      Balik sekolah semalam dia minta saya buatkan  nasi lemak untuk dibawa ke sekolah sebagai bekalnya. Mungkin dia ternampak Ada kawan2 yang makan nasi lemak agaknya. Lagi pon saya teringat ari minggu hari tu saya ada belikan nasi lemak untuk dia berlaukkan telor goreng. Tapi dia cakap rasa macam nasi biasa sahaja.
      Saya pon rasalah. Memang Betul kata anak saya tu. saya suruh dia makan dengan kicap.
Sebabkan permintaan Dan kesian kat kakak Syahirah, tu yang saya Masak nasi lemak pagi ni. Bersorak dia bila tahu saya masak nasi lemak...
Inilah rupa nasi lemak saya. Lauk ikan bilis Dan telor sahaja. Lupa pulak saya nak Ambil gambar bekal anak saya tadi tu. nasi ni saya gunakan santan yang diperah sendiri. So memang aslilah ni. Ok saya kongsikan cara saya masak nasi lemak ni ya. Mungkin bole dijadikan panduan untuk anak cucu saya nanti..
Bahan yang di gunakan.....
Beras
Santan bawang merah yang mayang
Halia dimayang
Sedikit halba
Daun pandan disimpul 
Sedikit garam.

Cara memasak....
Saya campurkan semua bahan kecuali beras kedalam periuk nasi.
Masak sehingga mendidih.
Bila dah mendidih baru masukkan beras Dan Masak nasi seperti biasa.
Masak dengan cara begini lebihan sedap


Isnin, 3 Februari 2014

Macaroni goreng to macaroni bakar

Selamat petang kalian... Amacam mengancang tak Tajuk entry Kali ni? Nilah dia resepi jangan menbazir namanya.. 
Macaroni bakar ni sebenarnya adalah lebihan macaroni sarapan pagi kita orang.

 
Macaroni di goreng mengikut selera koranglah. Kemudian pukul telor mengikut kesesuaian jumlahnya. Tambah sedikit garam atau bahan perasa Dan daun sup atau ketumbar kedalam telor tu. tuangkan semua kedalam macaroni. Taburkan parutan keju mengikut citarasa koranglah seperti gambar di atas. Bakar dalam ketuhar selama 30 minit pada suhu 160 darjah Celsius.


Inilah macaroni goreng saya. 

Siapa kenal benda ini?

Aassalamualaikum.. Sihat semua?  Ok siapa pernah tengok makanan ni? Nilah makanan kegemaran saya semasa zaman sekolah dahulu. Sampai sekarang pon.

Dulu ia dijual dengan harga rm0.10 secucuk. Tp masa tu satu cucuk hanya Ada 3 ketul sahaja. Lepas tu dijadikan 4 ketul secucuk dengan harga rm0.20 . Dan sekarang dah jadi rm0.25 secucuk

Ia diperbuat dAripada campuran isi ikan segar dan tepung. Campuran ini di uli sebati kemudian di bulat-bulatkan dan digoreng. Kemudian barulah dicucuk lidi. Kat tempat saya Ada 2 Jenis kuah yang bole dipilih iaitu pedas dan manis. Sekarang dah Ada yang frozen. So senanglah saya nak buat balik ke sini..

Ahad, 2 Februari 2014

Masak lemak pisang

Aassalamualaikum.. Dah makan tengah hari? Masak apa ari ni? Saya masak lemak pisang lemak manis. Kebetulan petang semalam saya Ada tebang pisang kat belakang rumah. Pisang ni dah tua tapi belum masak lagi.  Resepinya pon mudah jer. Saya just letak santan, ikan rebus, bawang tumbuh, kunyit tumbuk dan sedikit pada hitam. Inilah Hasilnya......
Masak lemak Pisang 


Saya gandingkan masak lemak ni dengan ikan kembung goreng...

Pisang yang saya gunakan.

Roti canai di pagi ahad

Salam pagi ahad. Dah sarapan korang. Pagi ini berinspirasikan kehendak anak sulong saya, dengan usaha Selepas men google resepi, saya pon mulakan projek seawal 7 pagi. Bahan yang di gunakan mudah sahaja iaitu 3 cawan tepung, 1 cawan air, 1 Biji telor, 1 sudu kecil baking powder, 1 sudu gula, 3 sudu butter.
Semua bahan saya masukkan dalam mixer bowl n mix together selama 10 minit. Kemudian saya Bahagikan doh kepada 10 Bahagian dan bulat2kan seperti gambar di bawah.

Doh yang direhatkan sekejap. Sementara doh sedang beristirehat, bolelah Kita sediakan kuahnya. Saya buat Kari daging tetapi saya campurkan dhall, kentang dan lobat merah.

Semetara kuah tengah mendidih atas dapur, Jom Kita menebar... Tebar ker??? Hihihi. Kemudian buat seperti gambar diatas dan rehatkan sekejap sebelum dimasak atas kuali leper.
Roti canai yang sudah masak dan sedang menunggu untuk di tepuk-tepuk sayang..


Kuah Kari daging campur dhall .