Jumaat, 6 Julai 2018

Sabtu, 5 Disember 2015

Nasi ayam ipoh azlita masam manis.

set hidangan lengkap nasi ayam ipoh yang di pelajari drpd blog azlita masam manis

nasi ayam yang berbeza drpd nasi ayam yang pernah sy masak sebelum ini... Sangat sedap
 
ayam goreng Dan dayang pengiringnya... Salad, tomato Dan timun.

sup ayam yang dicampurkan dengan sengkuang..

 sos cili yang sangat membangkitkan selera

 
kicap yang akan menambah selera anak2. Resepinya boleh rujuk blog azlita masam manis ya..

Khamis, 18 September 2014

donut gebu olahan Dari azie kicthen

Resepi ni asalnya Dari blog azie kitchen yg bertajuk donut gebu gebana. Tetapi saya telah mengolah sedikit berdasarkan panduan yang diberikan oleh seorang penjual kuih berdekatan dgn rumah saya. Katanya kalau nak donut yang baik jgn masukkan apa2 susu pon dlm adunan. Tak kiralah susu tepung ke, susu cair atau apa2 susu sekali pon.

Saya pon cubalah dgn resepi donut kak azie. Hasilnya sangat memuaskan Dan gebu. OK Jom kita tengok bahan yang di gunakan:::::

500gm tepung roti atau tepung gandum
75gm marjerin
4 sudu besar gula pasir
11gm yis 
180-200ml air suam

Cara membuatnya:
Dalam bekas yang besar, campurkan air suam, gula, marjerin Dan yis. Kacau sekejap Dan peram selama 8-10 minit.

Slps itu, masukkan tepung Dan uli sehingga mendapat doh yang tidak melekat di jari. 

Canai Dan terap bentuk donut Dan bolehlah digoreng.

Tidak perlu di peram lg ya.