Khamis, 18 September 2014

donut gebu olahan Dari azie kicthen

Resepi ni asalnya Dari blog azie kitchen yg bertajuk donut gebu gebana. Tetapi saya telah mengolah sedikit berdasarkan panduan yang diberikan oleh seorang penjual kuih berdekatan dgn rumah saya. Katanya kalau nak donut yang baik jgn masukkan apa2 susu pon dlm adunan. Tak kiralah susu tepung ke, susu cair atau apa2 susu sekali pon.

Saya pon cubalah dgn resepi donut kak azie. Hasilnya sangat memuaskan Dan gebu. OK Jom kita tengok bahan yang di gunakan:::::

500gm tepung roti atau tepung gandum
75gm marjerin
4 sudu besar gula pasir
11gm yis 
180-200ml air suam

Cara membuatnya:
Dalam bekas yang besar, campurkan air suam, gula, marjerin Dan yis. Kacau sekejap Dan peram selama 8-10 minit.

Slps itu, masukkan tepung Dan uli sehingga mendapat doh yang tidak melekat di jari. 

Canai Dan terap bentuk donut Dan bolehlah digoreng.

Tidak perlu di peram lg ya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tq share...sgt sedap ,,sye ambil yg haq semata mata ya..dulu kini Dan selamanya

Mud Bahulu D'Qaseh berkata...

sedapnya donut hihihi