Rabu, 14 Ogos 2013

Kuih akok resepi kelantan

Asalamualaikum. Petang ni teringin Pulak rasanya nak makan kuih akok yang tersohor di Kelantan tu. Dengan pantas sy pon carilah resepinya. Cari punya cari terbekenan lah resepi dari blog aziejaya yang kebetulan berasal dari Kelantan nun. Dan inilah hasilnya..
 Inilah kuih akok yang sedang menanti untuk di nikmati.
Resepinya disini ya. Bahan-bahan pon mudah je.

5 biji telor
150gm manisan nisan atau gula Melaka
30gm tepung gandum
200ml santan pekat
100ml air
Secubit garam
3 helai daun pandan.

Caranya.....
1- Air, manisan, dan daun pandan disatukan dalam periuk dan dimasak sampai mendidih.
2- Masukkan santan dan biarkan sejuk sebentar.
3- Bila dah suam, satukan dengan telor, tepung gandum dan garam. Blenderkan sekejap.
4- tapiskan kedalam acuan yang telah dipanaskan sekejap dan dioleskan  dengan sedikit minyak.         ( saya guna acuan muffin je.)
5- Bakar pada suhu 200 selama 10 minit. Siap untuk dihidangkan.   


Ini pula kuih yang baru kuat dari oven. Dan di bawah ni kuih akok yang tengah mengembang di dalam oven. Masa tengah bakar bukan main lagi dia naik cantik tapi bila dah kuat dari oven dengan cepatnya dia akan turun. Sebab itulah kuih ni jadi berkedut dan di panggil akok kedut.


2 ulasan:

Unknown berkata...

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.. ANDA BOLEH DAPATKAN KHIDMAT URUTAN TRADITIONAL UTK WANITA SAHAJA DARIPADA SAYA DI KOTA BHARU KELANTAN, URUT SELURUH BADAN UTK HILANG LENGUH2 DAN TERSELIUH ATAU BOLEH JUGA URUT BERSALIN, BERTUNGKU DAN MANDI BUNGA SELEPAS BERSALIN.. HUBUNGI SAYA 0129213096 ..TERIMA KASIH ;)

Azie berkata...

Beli kat mana yer sarang akok 18lubang