Isnin, 16 September 2013

Kuih belimbing



Asalamualaikum. Sihat semua. Seronok cuti hari ni? Selamat Hari Malaysia sy ucapkan pada semua ya. Kali ni sy nak kongsikan satu resepi kuih yang agak jarang diketahui. Rasa-rasa sy, kuih belimbing ni hanya ada di negeri Terengganu sahaja. Sebabnya sepanjang hidup ni, saya tak pernah jumpa kuih ini kat tempat lain, kecuali di Terengganu. 
Yang sebenarnya juga, saya sendiri tak pernah makan pon kuih ni. Tetapi tetiba rasa teringin nak mencuba selepas ternampak kuih ni di blog mamawandiha aka ratna. Cara buat pon sangat mudah dan rasanya pon sedap sangat. Sesuai sangat dibuat untuk sarapan atau pon tok minum petang. Sangat sedap dimakan ketika masih panas kerana keranggupannya dan rasanya yang seakan-akan krim puff.
Oklah Jom kita tengok resepinya yang sangat mudah.

Bahannya....
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar gula
1 sudu besar butter
1 biji telur

 Cara-caranya.....
1- didihkan air, gula dan butter dalam periuk.
2- sementara tunggu air mendidih, pukul sedikit telor.
3- setelah mendidih, masukkan tepung dan kacau cepat-cepat sehingga sebati dan masukkan telor dan kacau lagi.
4- panaskan minyak dalam kuali untuk menggoreng.
5- masukkan bancuhan kedalam piping bag dengan menggunakan acuan semperit, picit adunan tepung kedalam minyak panas.
6- goreng hingga kuning keemasan. Taburkan gula aising dan siap tok dihidangkan.

Kuih belimbing yang belum dimandikan dengan gula aising



Tiada ulasan: