Khamis, 18 September 2014

donut gebu olahan Dari azie kicthen

Resepi ni asalnya Dari blog azie kitchen yg bertajuk donut gebu gebana. Tetapi saya telah mengolah sedikit berdasarkan panduan yang diberikan oleh seorang penjual kuih berdekatan dgn rumah saya. Katanya kalau nak donut yang baik jgn masukkan apa2 susu pon dlm adunan. Tak kiralah susu tepung ke, susu cair atau apa2 susu sekali pon.

Saya pon cubalah dgn resepi donut kak azie. Hasilnya sangat memuaskan Dan gebu. OK Jom kita tengok bahan yang di gunakan:::::

500gm tepung roti atau tepung gandum
75gm marjerin
4 sudu besar gula pasir
11gm yis 
180-200ml air suam

Cara membuatnya:
Dalam bekas yang besar, campurkan air suam, gula, marjerin Dan yis. Kacau sekejap Dan peram selama 8-10 minit.

Slps itu, masukkan tepung Dan uli sehingga mendapat doh yang tidak melekat di jari. 

Canai Dan terap bentuk donut Dan bolehlah digoreng.

Tidak perlu di peram lg ya.

Ahad, 14 September 2014

soft cotton Japanese cheese cake

Rupa soft cotton Japanese cake tengah di sejukkan

Penggunaan putih telur yang dipukul kental menjadi meringue membuatkan kek menjadi lembut dan sangat gebu

Kuning telur akan di masukkan dalam adunan susu krim cheese

Soft cotton Japanese cheese cake dalam pek yang lebih kecil...

Jumaat, 5 September 2014

kek coklat vanilla lagi

Kek bersaiz 11"x11"
Kek coklat berselang dengan kek span vanila

Topping krim cheese

 
Untuk tempahan hubungi
Sally d talian 0135185600

Isnin, 1 September 2014

red velvet mini cupcake

Red velvet saiz mini
Topping cream cheese

Untuk tempahan hubungi
0135185600
Sally

Sesuai untuk hidangan Dan penyeri meja

kek coklat lembap

Kek asas moist coklat cake
Saiz 8"
Be rat +- 1.5kg


Hiasan krim cheese n edible image

Ahad, 31 Ogos 2014

kek coklat vanilla

Kek asal kek pelangi... Tetapi kerana kawan sy ni tak nak anak dia mkn byk Sgt food colouring, so dia request kek coklat Dan vanilla kat dlm tu..

Saiz 11" x 11"
Berat +- 3 kg
Harga rm95


carrot cake


Saiz 8" x 8"
Berat +- 2kg
Harga rm70

Jumaat, 25 Julai 2014

nasi kerabu biru

Assalamualaikummmm. Hari ni nak kongsikan resepi nasi kerabu biru... Nice resepi nasi terakhir sblm kita semua beraya ya. Sebelum tu... Jom kita tenggok gambar dulu.
         
                   
Sebenarnya cara nak bagi nasi ni jadi biru tu just letak pewarna je. Masak nasi macam biasa. Tapi saya tambahkan beberapa helai daun limau purut BG wangi skit. Bila nasi day hampir kering titikkan beberapa titis pewarna biru Dan tunggu hingga nasi masak seperti biasa


Ahad, 20 Julai 2014

biskut sarang semut mudah

Bahan-bahannya:
250gm butter
100gm gula halus
350 tepung red rose@tepung gandum
100gm tepung jagung
1 biji telur kuning
Beberapa titik esen vanila
Coklat rice

Cara caranya:
1- satukan tepung Dan ayak bersama.
2- pukul butter Dan gula hingga kembang.
3- masukkan telur Dan pukul lagi. Tambahkan esen vanilla.
4- kaup balik tepung hingga sebati.
5- ambil sedikit adunan Dan kepal-kepalkan.
6- parutkan adunan Dan sudukan kedalam cawan kertas.
7- taburkan coklat rice
Baker adunan pada suhu170°c selama 20 minit


Sabtu, 19 Julai 2014

biskut semperit sedap sangat

Assalamualaikum semua...
Bahan-bahanya:
300gm butter
125gm gula aising
2 biji kuning tel or
240gm tepung red rose
160gm tepung kastard
100gm tepung jagung
Sedikit Esen vanilla
Ceri merah atau coklat chip

Cara-caranya:
Ayak semua tepung.
Gaul sebati butter Dan gula.
Masukkan kuning telor Dan sebatikan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit Dan Gaul sampai sebati.
Masukkan dalam acuan Dan tekan supaya dapat bentuk bunga.
Hiaskan dengan ceri merah atau coklat chip.
Bakar pada suhu 165°c selama 20-25 minit.

Selepas keluar daripada oven sejukkan diatas redai

kuih cara berlauk daging

Bahan-bahanya:
2cawan tepung gandum
2 biji telur
1cawan santan
2cawan air
Secubit garam.

Cara-caranya:
Campurkan semua bahan diatas Gaul sebati. 
Tapiskan.
Panaskan acuan yg telah dilenserkan dengan sedikit minyak.
Tuangkan adunan keep dalam acuan 3/4 penuh Dan letakkan sedikit inti daging serta hirisan cili merah. 
Tudung sekejap dan tunggu hingga masak . 
Anggaran masa dlm 5 minit.


Khamis, 10 Julai 2014

Popia sosej cheese

Bahan yang diperlukan
Kulit popia
Sosej
Cheese parut

Cara-cara
Bentangkan sehelai kulit popia
Letakkan sosej
Taburkan cheese atas sosej dan gulung
Goreng seperti popia biasa

Ahad, 6 Julai 2014

Sagu gula Melaka yang sedap.....



Asalamualaikum.... Sihat ker?..kali ni saya nak kongsikan pemanis mulut yang sangat mudah untuk disediakan.. Bahannya pon tak banyak...

Sagu gula Melaka ni saya hidangkan untuk berbuka semalam.. Habis licin.. Ok Jom kita intai resepinya yang tersangat la mudah..

Bahan-bahannya:
Biji sagu
Gula Melaka @ gula nisan
Daun pandan
Susu cair atau santan

Cara-caranya:
Didihkan air dalam periuk dan masukkan sagu...
Masak sagu sehingga tiada lagi warna putih macam mata ikan.
Masukkan pewarna kalau suka.. Kacau rata.
Masukkan sagu yang dah masak tadi ke dalam penapis dan lalukan bawah air paip untuk membuang kanjinya..
Masukkan kedalam acuan dan sejukkan..

Masak gula Melaka bersama sedikit air dan daun pandan kemudian tapis...

Bila semua dah sejuk bole la dihidangkan...

Sabtu, 5 Julai 2014

kuih cara manis

Assalamualaikum semua... Kali ni sy nak tepek resepi kuih cara manis ni pulak. Sebagai ingatan tok diri sendiri sbnrnya... Sbb Mudah Sgt lupa diri ni. Kuih sy Dan anak2 suka sbb ada gula cair kat dlm kuih yg lemak2 tu. tambah pulak dgn bau daun pandan yg semerbak tu.. Mengoda sungguh.

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan Santan
2 cawan air daun pandan
2 biji telur
Secubit garam
Gula.

Cara-caranya:
Campurkan semua bahan kecuali gula.
Kacau sebati. Pastikan tiada biji2 tepung.
Kalau tepung berbiji2, sila la tapis...
Panaskan acuan yg telah disapukan sedikit minyak..
Masukkan adunan kedalam acuan sehingga hampir penuh.....
Letakkan 1/2 sudu kecil gula diatas kuih.
Tutup kejap.
Tunggu DLM 3-4 minit. Kuih masak bolelah diangkat...

ayam panggang suka hati..

Assalamualaikum... Selamat berpuasa semua. Lamanya bersawang blog sy ni. Malu Dan segan pulak rasanya. OK la hari ni sy nak kongsikan resepi a yam panggang yang sy masak until berbuka puasa 2 hari lepas. Caranya mudah je sbb sy main campak je bahan2 yang ada kat rumah. Sukatannya pon sy main agak2 je. Tapi hasilnya meletop lah jgk. Suami siap ratah2 gitu je. Jom tengok resepinya ya..

Bahan yg sy gunakan:
Serai
Bawang putih
Bawang besar
Halia
Lengkuas
Kunyit
Ketumbar
Jintan manis
Garam
Gula Nisan
Butter
Daun limau purut
Madu..

Caranya: sy blend semua bahan diatas dan lumurkan PD ayam yang sy dah cucukkan dgn hujung pisau. Perap selama 1 jam.. Bakar dalam oven selama 1 jam 15 minit pada suhu 170- 185


Ahad, 18 Mei 2014

cup cake for teachers day

Ni adalah coklat moist kek yang di hias dgn buttercream

Tempahan daripada office mate my hubby

Untuk cikgu2 anaknya

Bertuah cikgu2 tu ya.

Happy teachers day..
Eh dah lepas LA...

kek carrot yang oshem

Resepi kek ni sy ambil Dr blog azie jaya. Memang sedap Dan moist.

Bahan yang diprlukan:
1 1/4 minyak jagung
250gm tepung 
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil sodium bikarbonat
1 sudu kecil serbuk kayu manis
100gm gula halus
100gm gula perang
1 cawan kacang walnut dipanggang dan di cincang Kasar
1 cawan kismis
2 1/2 cawan carrot yg diparut halus Dan di perah sedikit airnya
4 biji telur 



Caranya:
1-Satukan telur Dan gula. Pukul sampai kembang..
2-Dalam bekas yang lain satukan semua bahan kecuali minyak Dan Gaul rata.
3- bila telur dah kembang masuk bahan tepung td Dan kaup balikkan.
4- masukkan DLM Loyang yg sesuai Dan Bakar selama 40 min.
Suhu oven pandai2 LA korang ya

Selamat mencuba

Sabtu, 8 Mac 2014

My olivye

Assalamualaikum. Dah lama take buka blog saya ni. Kesibukan mengejar kehidupan seharian sangat-sangat membataskan masa saya. Beberapa hari lepas, seperti biasa saya menjengah blog aisy nasiha. Ternampak dia punya olivye. Terms teringin untuk merasanya. Tetapi keinginan tu terpaksa ditahan kerana stok kentang tak ada.
Hari ini pagi2 lagi sebelum lagi sebelum attend koko kat sekolah saya me rebus kentang Dan telor. Saya gunakan 5 biji kentang sederhana besar Dan 3 biji telor.
Balik dari sekolah Selepas melayan segala karenah anak2 saya pon mulakan operasi..  Dan hasilnya.......
Selepas semua bahan digaul. Inilah hasilnya

Siap untuk dihidangkan. Rasanya ok bole tahan.. Tapi anak2 tak suka la pulak