Ahad, 17 November 2013

Kek pelangi


Kek pelangi dengan cream cheese frosting
2.5kg - 3.0 kg
Tempahan daripada jiran sy Nida untuk mkn2 di office dia.
Terima kasih ya Nida sudi tempah daripada sy. Semoga kek ni dapat memenuhi citarasa Nida dan kawan2


Sabtu, 9 November 2013

Red velvet resepi chef asma


Kek red velvet dengan cream cheese frosting
0.7 kg buat adik hazim dan adik iman.
Semoga menjadi anak2 yang soleh dan membanggakan kedua ibu bapa.



Ok Jom kita tengok resepinya ya.
bahan A
250 gm butter
200 gm gula perang
80gm gula pasir
3 biji telur gred b
1 sudu kecil esen vanila.

bahan B
250 gm tepung Super fine
15 gm serbuk koko
1 sudu kecil nescafe
*ayak bersama

Bahan C
200 gm yogurt
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu besar pewarna oren merah
*campurkan semua dan biarkan 10 minit

Bahan D
1 sudu kecil baling powder
1 sudu besar cuka
*dicampurkan sebaik sahaja kek siap diadun dan selepas habis buih nya, terus dimasukkan kedalam adunan kek sebelum dibakar

Cara cara nya............."......"..
1- pukul butter, gula  perang dan gula putih hingga    Kembang.
2- masukkan telur satu per satu dan esen vanila.
3- masukkan bahan B berselang seli dengan bahan C dan adun sebati.
4- masukkan bahan D dan adun sebati.
5- bakar selama 45 minit pada suhu 170.


Rabu, 6 November 2013

Kelas kek bersama chef asma




Salam semua... sempena my hubby tengah cuti mid sem ni bole lah sy ambil kesempatan ini untuk sy pulak keluar pergi belajar buat kek dengan chef asma. Kelas ni sy dah booking 2 bulan lepas... tertunggu-tunggu hubby free.
        Yuran kelas ni RM350. kta pergi belajar bawa badan jer. bahan kek, apron, makan minum semua chef dah sediakan. Kek yng diajar ialah kek indulgent, red velvet, dan pecan butter scoth. memang sedap semua kek ni.
         Chef ajar setiap step dari pada cara buat kek, putar krim, sapu krim ban banyak petua dan rahsia yang chef kongsikan.
         Chef asma memang sangat baik dan tidak kedekut ilmu. semua kemahiran yang dia ada, dia bagitau dan tunjukkan. 
         Saya siap passang niat lagi untuk pergi kelas awal untuk duduk depan chef supaya bole nampak dengan jelas semua yang chef tunjukkan.
         disini sy abadikan beberapa gambar semasa kelas kek tu.

Selasa, 5 November 2013

Ayam penyet

Asalamualaikum. Entri kali ni sy nak kongsikan resepi ayam penyet yang telah sy inovasikan dr blog aisy nasiha. Ayam penyet ni sbnrnya dah lama sy masak. Tp br skrg tergerak hati nak kongsikan disini. Sebelum kita tengok resepi, Jom kita tengok gambar dulu ya..
Set ayam penyet dengan ulam, tauhu goreng, tempe goreng dan terung goreng.
Cara masak ayam
1/2 ekor ayam dipotong 2
Garam
Kunyit
Jintan 
Ketumbar
Halia
Bawang putih
Semua bahan ditumbuk dan dilumurkan pada ayam dan diperap selama 2 jam. Kemudian dikukus separuh masak sebelum digoreng sehingga garing. Pastikan ayam dipenyetkan atau ditekan atau diketuk dahulu sebelum dihidangkan bersama nasi panas...

Ayam penyet bersama sambal ulek.
Resepi untuk sambal ulek.
Cili merah
Bawang besar
Ikan bilis goreng
Tomato
Belacan 
Cili api
Semua bahan digoreng kemudian di mesin bersama dengan minyak gorengannya sehingga separuh lumat dan diperasakan dengan garam, gula dan cuka.

Kek russian black n white


Tempahan untuk birthday adik balqis 5 tahun. Selamat hari lahir ya. Semoga menjadi anak yang solehah dan pintar.



Tempahan untuk birthday girl. Tapi tak dinyatakan Pulak namanya. 

Nasi Arab @ kambing mandy

Asalamualaikum. Nak dijadikan cerita, semasa mengawas PMR ari tu terjumpa lah kawan dari sekolah lama. Bila dah jumpa tu macam2 cerita lah kami bongkarkan. Dari bab sekolah ke kantin, habis kantin beralih pada pentadbirnya pula. Sorang2 kami kupaskan. Hahaha tapi ni bukan mengumpat ya. Just mengimbau kenangan bersama sahaja. Last sekali pastilah pasal kawan2 kami yang ada sebahagiannya dah lama sy tak jumpa. Cerita punya cerita tertarik sy dengan cita seorang kakak ni yang dikhabarkan sekarang meniaga pes nasi Arab. Sy ni kalau bab org jusl makanan ni pantang betul. Mesti nak beli..... Tanpa berlenggah masa tu Jgn sy sms kakak tu nak order. Selepas lama sy tunggu akhirnya dapat lah pes tu.
Set kambing mandy...

         Khabarnya pes ni kakak tu ambil dr sebuah restoran nasi Arab yg agak terkenal..  Sy pon belilah kambing beberapa keping untuk dijadikan lauk mandy ni nanti.
Kambing ni sy perapkan dengan sedikit pes nasi Arab tu dan sedikit garam dan kunyit, kemudian sy bakar di dalam pemanggang ajaib.
 Bakal menjadi santapan kami nanti..
Cara memasak mandy ni pon sangat mudah tau. Tak payah nak tumis bagai.. Hanya rebusan pes dengan air dalam kuantiti yang di tetapkan. Bila rebusan dah mendidih, masukkan beras, dan masak nasi seperti biasa. Pewarna pon disediakan sekali dalam set pes ni.
Tadaaaaaaa... Inilah hasilnya...
Resepi untuk buat sos nya pon disertakan sekali. Cukup mudah.. Sy hanya gunakan sebiji tomato merah, 2 biji lada hijau, 3 biji cili api, dan sepohon daun ketumbar. Semua bahan tu sy kisahkan dengan sedikit air dan perasakan dengan sedikit garam.. Dan inilah hasilnya.
Sos untuk kambing mandy.
Resepi untuk salsa pun mudah. Sy gunakan timun, lebat merah, dan tomato merah. Semua dipotong dadu dan dicampurkan dengan hirisan daun ketumbar, sedikit garam, dan 2 sudu jus lemon. Hasilnya seperti di bawah ni.....

Set kambing mandy ni sesuai dipadankan dengan sebarang sup.. tapi  saya lagi suka makan tanpa sup. makan kering macam tu je lagi sedap bagi saya. tetapi mengenagkan anak2 yang suka makan kuah, sy buatkan juga sup ayam untuk diaorang.
Sup ni bole juga kalau kita guna air rebusan ayam atau kambing. ayam atau kambing tu dikeluarkan kemudian gaulkan dengan sedikit garam dan kunyit kemudian dibakar.

Sabtu, 2 November 2013

Pudding tembikai yang sedap

Assalamualaikum.. Dah lama benor rasanya sy bercuti dr blog ni. Tp bukan bermakna sy cuti Masak juga ya. Sy Masak yg simple2 je. Kali ni sy akan kongsikan resepi puding tembikai yang sy jumpa di blog mamasya hari tu. sy jengah blog mamasya sbnrnya nak tgk Judah yang mamasya jual. Cantik tau jubah2 tu. Belek punya Belek terbekenan Pulak puding tembikai. Kebetulan semua bahan dah Ada kat rumah, sy pon Cuba puding ni. Sedap sangat rasa puding ni dah la cantik. Nyaman je bila masuk mulut. Ok jom kita tgk resepi ya.
Bahan-bahannya
1 packet agar2
4 keping roti
1 3/4 cawan susu Cair
6 cawan air
1 cawan susu pekat
1 1/2 cawan susu pekat
2 susu besar mentega
Essen vanila
Bijan hitam sebagai biji
Pewarna merah dah hijau

cARA MaSaK
1- satukan agar2, air, Dan gula. Masak sehingga agar2 larut.
2- dalam jug pengisar, satukan roti, susu Cair, susu pekat Dan esen vanilla Dan Kasar hingga hancur.
3- bilA agar Cair, masukkan bahan kisar tadi Dan mentega. Kacau sebati.
4- ambil 3  senduk adunan Dan warnakan hijau Dan sejukkan dalam bekas. Bila dah sejuk letakkan lapisan putih sebanyak 3 senduk. Baki adunan diwarnakan merah dan masukkan bijan hitam dan sejukkan diatas lapisan hijau.