Jumaat, 25 Julai 2014

nasi kerabu biru

Assalamualaikummmm. Hari ni nak kongsikan resepi nasi kerabu biru... Nice resepi nasi terakhir sblm kita semua beraya ya. Sebelum tu... Jom kita tenggok gambar dulu.
         
                   
Sebenarnya cara nak bagi nasi ni jadi biru tu just letak pewarna je. Masak nasi macam biasa. Tapi saya tambahkan beberapa helai daun limau purut BG wangi skit. Bila nasi day hampir kering titikkan beberapa titis pewarna biru Dan tunggu hingga nasi masak seperti biasa


Ahad, 20 Julai 2014

biskut sarang semut mudah

Bahan-bahannya:
250gm butter
100gm gula halus
350 tepung red rose@tepung gandum
100gm tepung jagung
1 biji telur kuning
Beberapa titik esen vanila
Coklat rice

Cara caranya:
1- satukan tepung Dan ayak bersama.
2- pukul butter Dan gula hingga kembang.
3- masukkan telur Dan pukul lagi. Tambahkan esen vanilla.
4- kaup balik tepung hingga sebati.
5- ambil sedikit adunan Dan kepal-kepalkan.
6- parutkan adunan Dan sudukan kedalam cawan kertas.
7- taburkan coklat rice
Baker adunan pada suhu170°c selama 20 minit


Sabtu, 19 Julai 2014

biskut semperit sedap sangat

Assalamualaikum semua...
Bahan-bahanya:
300gm butter
125gm gula aising
2 biji kuning tel or
240gm tepung red rose
160gm tepung kastard
100gm tepung jagung
Sedikit Esen vanilla
Ceri merah atau coklat chip

Cara-caranya:
Ayak semua tepung.
Gaul sebati butter Dan gula.
Masukkan kuning telor Dan sebatikan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit Dan Gaul sampai sebati.
Masukkan dalam acuan Dan tekan supaya dapat bentuk bunga.
Hiaskan dengan ceri merah atau coklat chip.
Bakar pada suhu 165°c selama 20-25 minit.

Selepas keluar daripada oven sejukkan diatas redai

kuih cara berlauk daging

Bahan-bahanya:
2cawan tepung gandum
2 biji telur
1cawan santan
2cawan air
Secubit garam.

Cara-caranya:
Campurkan semua bahan diatas Gaul sebati. 
Tapiskan.
Panaskan acuan yg telah dilenserkan dengan sedikit minyak.
Tuangkan adunan keep dalam acuan 3/4 penuh Dan letakkan sedikit inti daging serta hirisan cili merah. 
Tudung sekejap dan tunggu hingga masak . 
Anggaran masa dlm 5 minit.


Khamis, 10 Julai 2014

Popia sosej cheese

Bahan yang diperlukan
Kulit popia
Sosej
Cheese parut

Cara-cara
Bentangkan sehelai kulit popia
Letakkan sosej
Taburkan cheese atas sosej dan gulung
Goreng seperti popia biasa

Ahad, 6 Julai 2014

Sagu gula Melaka yang sedap.....



Asalamualaikum.... Sihat ker?..kali ni saya nak kongsikan pemanis mulut yang sangat mudah untuk disediakan.. Bahannya pon tak banyak...

Sagu gula Melaka ni saya hidangkan untuk berbuka semalam.. Habis licin.. Ok Jom kita intai resepinya yang tersangat la mudah..

Bahan-bahannya:
Biji sagu
Gula Melaka @ gula nisan
Daun pandan
Susu cair atau santan

Cara-caranya:
Didihkan air dalam periuk dan masukkan sagu...
Masak sagu sehingga tiada lagi warna putih macam mata ikan.
Masukkan pewarna kalau suka.. Kacau rata.
Masukkan sagu yang dah masak tadi ke dalam penapis dan lalukan bawah air paip untuk membuang kanjinya..
Masukkan kedalam acuan dan sejukkan..

Masak gula Melaka bersama sedikit air dan daun pandan kemudian tapis...

Bila semua dah sejuk bole la dihidangkan...

Sabtu, 5 Julai 2014

kuih cara manis

Assalamualaikum semua... Kali ni sy nak tepek resepi kuih cara manis ni pulak. Sebagai ingatan tok diri sendiri sbnrnya... Sbb Mudah Sgt lupa diri ni. Kuih sy Dan anak2 suka sbb ada gula cair kat dlm kuih yg lemak2 tu. tambah pulak dgn bau daun pandan yg semerbak tu.. Mengoda sungguh.

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan Santan
2 cawan air daun pandan
2 biji telur
Secubit garam
Gula.

Cara-caranya:
Campurkan semua bahan kecuali gula.
Kacau sebati. Pastikan tiada biji2 tepung.
Kalau tepung berbiji2, sila la tapis...
Panaskan acuan yg telah disapukan sedikit minyak..
Masukkan adunan kedalam acuan sehingga hampir penuh.....
Letakkan 1/2 sudu kecil gula diatas kuih.
Tutup kejap.
Tunggu DLM 3-4 minit. Kuih masak bolelah diangkat...

ayam panggang suka hati..

Assalamualaikum... Selamat berpuasa semua. Lamanya bersawang blog sy ni. Malu Dan segan pulak rasanya. OK la hari ni sy nak kongsikan resepi a yam panggang yang sy masak until berbuka puasa 2 hari lepas. Caranya mudah je sbb sy main campak je bahan2 yang ada kat rumah. Sukatannya pon sy main agak2 je. Tapi hasilnya meletop lah jgk. Suami siap ratah2 gitu je. Jom tengok resepinya ya..

Bahan yg sy gunakan:
Serai
Bawang putih
Bawang besar
Halia
Lengkuas
Kunyit
Ketumbar
Jintan manis
Garam
Gula Nisan
Butter
Daun limau purut
Madu..

Caranya: sy blend semua bahan diatas dan lumurkan PD ayam yang sy dah cucukkan dgn hujung pisau. Perap selama 1 jam.. Bakar dalam oven selama 1 jam 15 minit pada suhu 170- 185