Sabtu, 5 Julai 2014

kuih cara manis

Assalamualaikum semua... Kali ni sy nak tepek resepi kuih cara manis ni pulak. Sebagai ingatan tok diri sendiri sbnrnya... Sbb Mudah Sgt lupa diri ni. Kuih sy Dan anak2 suka sbb ada gula cair kat dlm kuih yg lemak2 tu. tambah pulak dgn bau daun pandan yg semerbak tu.. Mengoda sungguh.

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan Santan
2 cawan air daun pandan
2 biji telur
Secubit garam
Gula.

Cara-caranya:
Campurkan semua bahan kecuali gula.
Kacau sebati. Pastikan tiada biji2 tepung.
Kalau tepung berbiji2, sila la tapis...
Panaskan acuan yg telah disapukan sedikit minyak..
Masukkan adunan kedalam acuan sehingga hampir penuh.....
Letakkan 1/2 sudu kecil gula diatas kuih.
Tutup kejap.
Tunggu DLM 3-4 minit. Kuih masak bolelah diangkat...

Tiada ulasan: