Ahad, 6 Julai 2014

Sagu gula Melaka yang sedap.....



Asalamualaikum.... Sihat ker?..kali ni saya nak kongsikan pemanis mulut yang sangat mudah untuk disediakan.. Bahannya pon tak banyak...

Sagu gula Melaka ni saya hidangkan untuk berbuka semalam.. Habis licin.. Ok Jom kita intai resepinya yang tersangat la mudah..

Bahan-bahannya:
Biji sagu
Gula Melaka @ gula nisan
Daun pandan
Susu cair atau santan

Cara-caranya:
Didihkan air dalam periuk dan masukkan sagu...
Masak sagu sehingga tiada lagi warna putih macam mata ikan.
Masukkan pewarna kalau suka.. Kacau rata.
Masukkan sagu yang dah masak tadi ke dalam penapis dan lalukan bawah air paip untuk membuang kanjinya..
Masukkan kedalam acuan dan sejukkan..

Masak gula Melaka bersama sedikit air dan daun pandan kemudian tapis...

Bila semua dah sejuk bole la dihidangkan...

Tiada ulasan: