Selasa, 17 September 2013

Roti naik cmg

Asalamualaikum semua. Sihat ker? Dah mkn? Hari ni sy nak kongsikan resepi roti naik yang yg intai dr dapur cmg. Sy ni hari2 duk jenguk dapur cmg, tp skrg cmg macam dah jarang upload resepi baru. Kalau dulu hari 2 mesti ada tiap-tiap hari. Sibuk bebenor agaknya cmg skrg ni ya. Takpelah Jom kita layan dulu gambar roti nya .
                        Fresh from  the oven.                                    Roti yang telah dikoyakkan

Bahan-bahannya......
400 gm tepung roti
100 gm tepung hong kong ( sy guna tepung gandum penuh)
11 gm yis kering
250 ml air
50 gm susu tepung
180 gm gula perang ( sy guna 120 gm sahaja)
100 gm butter.

Cara-caranya....
1- Campurkan semua bahan diatas kecuali butter kedalam mixer dan adun menggunakan pemukul cangkuk.
2- apabila dah sebati tambahkan butter sedikit demi sedikit dan terus mix sampai mendapat doh yang tidak melekat di bekas dan kenyal.
3- Perap doh selama 45 minit atau sehingga naik 2 kali ganda.
4- Tumbuk- tumbuk kan doh untuk buang angin dan bahagikan kepada beberapa bahagian kecil dan bulat- bulatkan dan susun dalam loyang.
5- Perap lagi selama 1 jam
7- bakar pada suhu 170 selama 25 minit.
In the oven...

Tiada ulasan: