Isnin, 16 September 2013

Puding roti berkeju

Asssalamualaikum semua. Untuk n3 kedua hari ni sy kongsikan resepi dari blog dapur tanpa sempadan yang telah saya cuba petang td. Puding roti hasil air tangan En mat gebu ni sangat sedap tetapi saya olah sedikit mengikut kesesuaian bahan yang ada kat dapur rumah saya..

Jom kita tengok resepinya...

6 keping roti dipotong kecil
2 sudu kismis
2 sudu coklat chip
1 sudu badam cincang
4 keping keju
1 cawan susu
1 sudu gula
1 biji telor
1 sudu butter dicairkan
Butter

Caranya.....

1- susun separuh roti dalam loyang, taburkan 1 sudu kismis, 1 sudu coklat chip, dan 2 keping keju yang dicarik-carikkan.
2- susun roti yang selebihnya dan kismis, coklat chip, badam dan keju.
3- dalam bekas lain, campurkan susu gula, telor, butter cair dan esen vanila dan kacau sebati. Kemudian tuangkan keatas roti td.  Letakkan butter dan perap selama 10 minit. Bakar dalam oven selama 30 minit pada suhu 180. Sementara tunggu puding masak, Jom kita buat sos kastard pula..

Bahan sos kastard...
1 cawan susu
2 cawan air
1 sudu gula
1 sudu kecil esen vanila.

( campurkan semua bahan dalam periuk dan masak sambil terus mengacau nya sampai pekat. Kemudian sejukkan sebelum dihidangkan

            Puding sebelum dibakar.                           Puding selepas dibakar


Tiada ulasan: