Isnin, 9 September 2013

Ikan singam terengganu

Assalamualaikum.... Ok skrg sy nak kongsikan resepi kepada pasangan sambal belacan sy, iaitu ikan singam terengganu. Dulu sy tertanya-tanya jgk apa beza singam trg Dan singam klate ni. Dan skrg sy jelaskan kat sini bezanya hanyalah penggunaan kunyit dlm resepi trg. Ttp resepi klate tidak diletakkan kunyit. So inilah dia ikan aya atau tongkol singam Terengganu kiteee..
Jom kita tgk resepi yg sgt mudah ni..

Bahannya ialah.....

3 keping ikan tongkol dibersihkan
3 keping lengkuas
2 keping kunyit hidup
1 keping asam gelugur
Garam Kasar
Sedikit nisan ( manisan org pantai timur)

Caranya....

Dalam periuk masukkan lengkuas, kunyit, asam, sesudu garam dan 3 cawan air. Masak semua bahan td hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan ikan Dan Nisan. Bila dah Masak bolelah dihidang bersama nasi Panas, sambal belacan, Dan ulam- ulaman. Lagu sedap kalau ikan dimasak lama dengan menggunakan api perlahan.

Tiada ulasan: