Asalamualaikum semua.... Hari ni sy nak kongsikan satu resepi mudah yang sy masak 3 hari lepas. Resepi ni sangat simple dan mudah untuk disediakan tetapi yang penting ialah sedap. Inilah dia kambing masak kicap. Ok tak yah cakap byk, Jom kita tgk resepinya..
Bahan-bahannya.......
1/2 kg daging kambing ( potong kecil dan cuci bersih )
Sebiji bawang besar ( dikisar )
2 ulas bawang putih ( dikisar )
1 inci halia ( dikisar )
1 sudu lada hitam tumbuk kasar
Rempah 4 sekawan
2 sudu minyak untuk menumis
5 sudu besar kicap
Air
Cara-caranya....
1- panaskan minyak dan tumis kan bahan kisar sehingga wangi.
2- masukkan rempah 4 sekawan dan lada hitam kemudian kicap. Masak sekejap.
3- masukkan daging kambing dan tambah air secukupnya.
4- masak hingga empuk dan perasakan. Sedia untuk dihidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan