Ahad, 18 Ogos 2013

Resepi laksa lemak yg simple gerenti sedap

Asalamualaikum. Sehat semua? Hari ni sy dan keluarga sarapan dengan laksa kuah lemak. Kebetulan semalam pergi pasar borong dan terbeli laksa yang di import dari Kelantan nun. Laksa ni mmg dah siap untuk dimakan. Hanya perlu buat kuah je. Tp sy jirus jugok laksa ni dgn air panas sebelum di hidang bg menjamin kebersihan dan memuaskan hati. Hihihi.

Resepi ni sy belajar dari mak mentua sy di BACHOK Kelantan. Resepinya mudah sangat tapi sedap. Ok mari kita tengok resepinya ya.

Bahan-bahannya:
5 ekor ikan sardin / Selayang / kembung direbus dan diasingkan isi dan tulangnya.
1 liter santan.
4 biji bawang merah
1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk
2 keping asam Gelugor
Garam

Caranya
1- Blend isi ikan, santan dan bawang bersama sehingga hancur dan halus.
2- Masukkan dalam periuk, tambahkan lada hitam dan asam
3- Kalau terlalu pekat bole tambah air mengikut kesesuaian atau selera anda. Masak sampai mendidih sambil dikacau perlahan-lahan
4- Tambah garam da sesuaikan rasa. Tutup api dan bole dihidangkan.

Resepi sambal lada.
Segenggam lada kecil
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
4 sudu cuka
( semua bahan diatas dikisar bersama)



Cara-caranya:
1- Masukkan isi ikan, santan, bawang dalam bekas blender dan blender
Cara-caranya:
1- Masukkan isi ikan, santan, bawang dalam bekas blender dan blender

Tiada ulasan: