Ahad, 25 Ogos 2013

Kek coklat moist mudah

Aassalamualaikum semua. Sihat ke? Kelmarin 23/8/2013 ialah trailhead lair anak sy yg ke-2. Sebagai Hadiah, sy buatkan sibiji kek untuk beliau?
 Sy hias kek ini Dengan Krim cheese dalam bentuk angry bird. Kat dalam kek ni ialah kek coklat lembap yg sangat simple tp sedap. Sukatannya pon pakai cawan jer.
Kek ni sy potong kepada dua lapis dan letakkan Krim cheese bersama coklat secara berselang seli dan menjadikan ia kek Russian black and white kek. 
Resepi kek coklat moist seperti di bawah ya. 
1 cawan tepung kek
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 susu kecil baking powder
1 susu kecil sodium bikarbonat.
3 Biji telur

Cara:
1- Ayak bersama tepung, baking powder dan sodium bikarbonat dan ketepikan.
2- Dalam periuk Satukan serbuk koko, gula, minyak, susu pekat dan susu cair, dan masak sekejap sambil mengacau sampan gula cair. 
3- Dalam bekas lain, pukul telur sekejap dan masukkan kedalam adunan koko yang telah suam sambil mengacau.
4- Akhir sekali masukkan tepung dan kacau sebati
5- Kukus kek selama sejam

Tiada ulasan: