Khamis, 18 September 2014

donut gebu olahan Dari azie kicthen

Resepi ni asalnya Dari blog azie kitchen yg bertajuk donut gebu gebana. Tetapi saya telah mengolah sedikit berdasarkan panduan yang diberikan oleh seorang penjual kuih berdekatan dgn rumah saya. Katanya kalau nak donut yang baik jgn masukkan apa2 susu pon dlm adunan. Tak kiralah susu tepung ke, susu cair atau apa2 susu sekali pon.

Saya pon cubalah dgn resepi donut kak azie. Hasilnya sangat memuaskan Dan gebu. OK Jom kita tengok bahan yang di gunakan:::::

500gm tepung roti atau tepung gandum
75gm marjerin
4 sudu besar gula pasir
11gm yis 
180-200ml air suam

Cara membuatnya:
Dalam bekas yang besar, campurkan air suam, gula, marjerin Dan yis. Kacau sekejap Dan peram selama 8-10 minit.

Slps itu, masukkan tepung Dan uli sehingga mendapat doh yang tidak melekat di jari. 

Canai Dan terap bentuk donut Dan bolehlah digoreng.

Tidak perlu di peram lg ya.

Ahad, 14 September 2014

soft cotton Japanese cheese cake

Rupa soft cotton Japanese cake tengah di sejukkan

Penggunaan putih telur yang dipukul kental menjadi meringue membuatkan kek menjadi lembut dan sangat gebu

Kuning telur akan di masukkan dalam adunan susu krim cheese

Soft cotton Japanese cheese cake dalam pek yang lebih kecil...

Jumaat, 5 September 2014

kek coklat vanilla lagi

Kek bersaiz 11"x11"
Kek coklat berselang dengan kek span vanila

Topping krim cheese

 
Untuk tempahan hubungi
Sally d talian 0135185600

Isnin, 1 September 2014

red velvet mini cupcake

Red velvet saiz mini
Topping cream cheese

Untuk tempahan hubungi
0135185600
Sally

Sesuai untuk hidangan Dan penyeri meja

kek coklat lembap

Kek asas moist coklat cake
Saiz 8"
Be rat +- 1.5kg


Hiasan krim cheese n edible image