Selasa, 5 November 2013

Kek russian black n white


Tempahan untuk birthday adik balqis 5 tahun. Selamat hari lahir ya. Semoga menjadi anak yang solehah dan pintar.



Tempahan untuk birthday girl. Tapi tak dinyatakan Pulak namanya. 

Nasi Arab @ kambing mandy

Asalamualaikum. Nak dijadikan cerita, semasa mengawas PMR ari tu terjumpa lah kawan dari sekolah lama. Bila dah jumpa tu macam2 cerita lah kami bongkarkan. Dari bab sekolah ke kantin, habis kantin beralih pada pentadbirnya pula. Sorang2 kami kupaskan. Hahaha tapi ni bukan mengumpat ya. Just mengimbau kenangan bersama sahaja. Last sekali pastilah pasal kawan2 kami yang ada sebahagiannya dah lama sy tak jumpa. Cerita punya cerita tertarik sy dengan cita seorang kakak ni yang dikhabarkan sekarang meniaga pes nasi Arab. Sy ni kalau bab org jusl makanan ni pantang betul. Mesti nak beli..... Tanpa berlenggah masa tu Jgn sy sms kakak tu nak order. Selepas lama sy tunggu akhirnya dapat lah pes tu.
Set kambing mandy...

         Khabarnya pes ni kakak tu ambil dr sebuah restoran nasi Arab yg agak terkenal..  Sy pon belilah kambing beberapa keping untuk dijadikan lauk mandy ni nanti.
Kambing ni sy perapkan dengan sedikit pes nasi Arab tu dan sedikit garam dan kunyit, kemudian sy bakar di dalam pemanggang ajaib.
 Bakal menjadi santapan kami nanti..
Cara memasak mandy ni pon sangat mudah tau. Tak payah nak tumis bagai.. Hanya rebusan pes dengan air dalam kuantiti yang di tetapkan. Bila rebusan dah mendidih, masukkan beras, dan masak nasi seperti biasa. Pewarna pon disediakan sekali dalam set pes ni.
Tadaaaaaaa... Inilah hasilnya...
Resepi untuk buat sos nya pon disertakan sekali. Cukup mudah.. Sy hanya gunakan sebiji tomato merah, 2 biji lada hijau, 3 biji cili api, dan sepohon daun ketumbar. Semua bahan tu sy kisahkan dengan sedikit air dan perasakan dengan sedikit garam.. Dan inilah hasilnya.
Sos untuk kambing mandy.
Resepi untuk salsa pun mudah. Sy gunakan timun, lebat merah, dan tomato merah. Semua dipotong dadu dan dicampurkan dengan hirisan daun ketumbar, sedikit garam, dan 2 sudu jus lemon. Hasilnya seperti di bawah ni.....

Set kambing mandy ni sesuai dipadankan dengan sebarang sup.. tapi  saya lagi suka makan tanpa sup. makan kering macam tu je lagi sedap bagi saya. tetapi mengenagkan anak2 yang suka makan kuah, sy buatkan juga sup ayam untuk diaorang.
Sup ni bole juga kalau kita guna air rebusan ayam atau kambing. ayam atau kambing tu dikeluarkan kemudian gaulkan dengan sedikit garam dan kunyit kemudian dibakar.

Sabtu, 2 November 2013

Pudding tembikai yang sedap

Assalamualaikum.. Dah lama benor rasanya sy bercuti dr blog ni. Tp bukan bermakna sy cuti Masak juga ya. Sy Masak yg simple2 je. Kali ni sy akan kongsikan resepi puding tembikai yang sy jumpa di blog mamasya hari tu. sy jengah blog mamasya sbnrnya nak tgk Judah yang mamasya jual. Cantik tau jubah2 tu. Belek punya Belek terbekenan Pulak puding tembikai. Kebetulan semua bahan dah Ada kat rumah, sy pon Cuba puding ni. Sedap sangat rasa puding ni dah la cantik. Nyaman je bila masuk mulut. Ok jom kita tgk resepi ya.
Bahan-bahannya
1 packet agar2
4 keping roti
1 3/4 cawan susu Cair
6 cawan air
1 cawan susu pekat
1 1/2 cawan susu pekat
2 susu besar mentega
Essen vanila
Bijan hitam sebagai biji
Pewarna merah dah hijau

cARA MaSaK
1- satukan agar2, air, Dan gula. Masak sehingga agar2 larut.
2- dalam jug pengisar, satukan roti, susu Cair, susu pekat Dan esen vanilla Dan Kasar hingga hancur.
3- bilA agar Cair, masukkan bahan kisar tadi Dan mentega. Kacau sebati.
4- ambil 3  senduk adunan Dan warnakan hijau Dan sejukkan dalam bekas. Bila dah sejuk letakkan lapisan putih sebanyak 3 senduk. Baki adunan diwarnakan merah dan masukkan bijan hitam dan sejukkan diatas lapisan hijau.