Assalamualaikum Dan selamat pagi.. Diam tak diam dah sebulan lebih saya blog ini terabai Dan dibiarkan. Nasib baik tak naik berkulat.
Hujung minggu yang lalu berjaya jua sy pergi belajar buat kuih talam dengan chef asam di studio beliau yang terletak di puchong perdana.
Kelas yang disertai oleh 28 orang pelajar dengan bayaran RM190 setiap seorang. Chef tunjukkan cara yang betul untuk membuat kuih talam, chef bagi tip untuk dapatkan talam yang cantik, Dan tak lupa petua yang sangaat berguna. Memang bagus menuntut ilmu masakan Dari chef asma ni sebab beliau tidak kedekut ilmu.
Beberapa gambar yang sempat dijadikan kenangan saya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan