Ahad, 18 Ogos 2013

Mee kari yang simple

Asalamualaikum. Dah makan semua? Masak apa ari ni? Tengah hari tadi sy masak mee kari jer.. Tekak ni terasa jemu Pulak asyik duk makan nasi. Sekali skala kita ubah selera ok jugak kan. Maka terhasil lah mee kari yang simple ni. Cara buatnya pon senang. Jom kita tengok resepi nya.

Bahan- bahannya..
Sebungkus mee kuning dicelur sekejap untuk menghilangkan rasa kapur dan minyak yang melekat.
200gm ayam dipotong kecil
1 inci halia
2 ulas bwg putih
5 ulas bawang merah
2 sudu besar serbuk kari
Santan
Rempah 4 sekawan
Tauhu goreng dipotong 4
Fish kek dihiris nipis
Daun kari

Untuk dimakan bersama mee nanti.
Sawi dicelur
Taugeh
Cili merah dihiris serong
Bawang goreng
Telor rebus
Limau kasturi

Cara memasak.
1- halia, bwg putih dan merah ditumbuk lumut kemudian ditumis bersama rempah 4 sekawan sehingga kekuningan masukkan daun kari
2- masukkan rempah kari dan sedikit air, tumis sehingga wangi
3- masukkan ayam dan goreng sekejap. Masukkan santan da masak sehingga mendidih
4- tambahkan fish kek, fish ball, tauhu, dan perisakan dengan garam. Bila dah ok tutup api.
5- dalam mangkuk hidangan letakkan sedikit mee, sawi dan taugeh serta telor rebus, kemudian letak kuah bersama isinya. Taburkan bawang goreng dan letakkan limau. Sedia dinikmati.

1 ulasan:

Aisy Nasiha berkata...

Sedap nampaknya tu... Banyak bahan tu... Bila nak ajak makan ni?