Kek red velvet dengan cream cheese frosting
0.7 kg buat adik hazim dan adik iman.
Semoga menjadi anak2 yang soleh dan membanggakan kedua ibu bapa.
Ok Jom kita tengok resepinya ya.
bahan A
250 gm butter
200 gm gula perang
80gm gula pasir
3 biji telur gred b
1 sudu kecil esen vanila.
bahan B
250 gm tepung Super fine
15 gm serbuk koko
1 sudu kecil nescafe
*ayak bersama
Bahan C
200 gm yogurt
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu besar pewarna oren merah
*campurkan semua dan biarkan 10 minit
Bahan D
1 sudu kecil baling powder
1 sudu besar cuka
*dicampurkan sebaik sahaja kek siap diadun dan selepas habis buih nya, terus dimasukkan kedalam adunan kek sebelum dibakar
Cara cara nya............."......"..
1- pukul butter, gula perang dan gula putih hingga Kembang.
2- masukkan telur satu per satu dan esen vanila.
3- masukkan bahan B berselang seli dengan bahan C dan adun sebati.
4- masukkan bahan D dan adun sebati.
5- bakar selama 45 minit pada suhu 170.
1 ulasan:
berapa harganya ni?
Catat Ulasan