Rabu, 14 Ogos 2013

Resepi kek karamel dari blog masam manis

Asalamualaikum semua.. Sihat ker? Dah lama saya bercuti belum terlambat lg rasanya untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat kwn2 w/p hari ni dah 7 Syawal. Mohon maaf sekiranya ada salah dan silap. N3 sblm ni sy janji nak kongsi resepi kek karamel kan. Ok skrg sy kongsikan resepinya seperti yang sy belajar dari blog masan manis milik pn. Azlita Aziz yg famous meletup tu.
     
                                             BAHAN2NYA:
A...
6 biji telor putih
60gm gula halus (dalam 6sudu besar)
1/2 sudu teh cream of tar tar ( tak letak pon takpe)

B...
3 biji kuning telor
45 ml minyak jagung ( minyak masak pon bole)
135 ml air
60 gm gula halus
140 gm tepung naik sendiri diayak

C....
3 biji telor kuning
60 gm gula halus
1/2 cawan susu cair
 1sudu teh esen vanilla

D...
2sudu gula dibuat karamel

Cara-caranya....
1- Bahan D dimasak dlm loyang sehingga menjadi gula hangus kemudian diratakan dlm loyang dengan mengerak gerakkan loyang ke kiri kanan. Sejukkan.
2- Bahan C dicampur sebati kemudian di tapiskan kedalam loyang yg berisi karamel td.
3- Bahan A dicampur semua kemudian dipukul sehingga kembang, ringan, dan kaku atau bertanduk. Ketepikan. 
4- Untuk bahan B, dalam bekas lain pukul telur, minyak dan air sehingga putih, masukkan gula dan pukul lagi hingga naik 2 kali ganda. Kaup balik kan tepung perlahan - lahan kedalam adunan kemudian Kaup balik kan adunan putih telur td sehingga sebati. 
5- bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
6- letak adunan tepung yang telah diwarnakan diatas campuran karamel td perlahan- lahan mengikut warna pilihan sehingga habis. 
7- bakar dengan kaedah water bath pada suhu 170 selama 50 minit.


Esen vanila

2 ulasan:

Aisy Nasiha berkata...

Kek paling laris masa bulan puasa aritu nih...

ibusya berkata...

Allahamdullillah. rezeki akhir ramadhan