Sabtu, 22 Februari 2014

Biskut lidah Kucing pelangi

Assalamualaikum Dan salam sejahtera. Seronok nya hari sabtu kalau tak bekerja kan? Hari ni saya nak kongsikan resepi biskut lidah Kucing pelangi yang saya Cuba malam tadi. Hasinya tidak mengecewakan walaupun ini adalah percubaan pertama saya. Resepi ni sebenarnya dah lama saya intai Dari blog Masam manis azlita, tapi kerajinan belum muncul sehinggalah malam tadi.

Ok jom kita tengok resepi yang mudah ni ya.
Bahan-bahannya :
200 gm tepung ( saya guna tepung red rose)
50 gm tepung jagung
1/4 sudu kecil emplex ( saya tak letak)
250 gm butter
175 gm gula kastor ( saya guna 120gm)
100 gm putih telur ( dalam 2 biji telur saiz A)
Pewarna Dan perasa yang disukai

Cara-cara:
1- tepung Dan emplex di ayak bersama.
2- butter Dan gula dipukul sehinggalah gebu Dan masukkan putih telur. Pukul lagi sehinggalah kembang.
3- masukkan tepung Dan kaup Balikpapan sehinggalah sebati.
4- masukkan pewarna yang anda suka Dan masukkan kedalam piping bag seperti gambar dibawah.
5- Paipkan dalam acuan ( saya tiada acuan Dan saya Paipkan pada belakang loyang.
Bakar pada suhu 150 selama 13 minit.

Bancuhan yang telah diwarnakan siap untuk digunakan.





2 ulasan:

Aisy Nasiha berkata...

Keras ke lembut biskut ni...? Nampak menarik ni sebab berwarna warni. Mesti budak2 suka makan

ibusya berkata...

lembut dan ranggup biskut ni sebab hanya guna putih telur sahaja.. budak2 kat rumah ni mmg sukalah..