Selasa, 4 Februari 2014

Nasi lemak untuk kakak

Selamat pagi.. Dah sarapan?  Saya Masak nasi lemak pagi ni. Ini adalah disebabkan oleh permintaan anak sulung saya, Syahirah.
      Balik sekolah semalam dia minta saya buatkan  nasi lemak untuk dibawa ke sekolah sebagai bekalnya. Mungkin dia ternampak Ada kawan2 yang makan nasi lemak agaknya. Lagi pon saya teringat ari minggu hari tu saya ada belikan nasi lemak untuk dia berlaukkan telor goreng. Tapi dia cakap rasa macam nasi biasa sahaja.
      Saya pon rasalah. Memang Betul kata anak saya tu. saya suruh dia makan dengan kicap.
Sebabkan permintaan Dan kesian kat kakak Syahirah, tu yang saya Masak nasi lemak pagi ni. Bersorak dia bila tahu saya masak nasi lemak...
Inilah rupa nasi lemak saya. Lauk ikan bilis Dan telor sahaja. Lupa pulak saya nak Ambil gambar bekal anak saya tadi tu. nasi ni saya gunakan santan yang diperah sendiri. So memang aslilah ni. Ok saya kongsikan cara saya masak nasi lemak ni ya. Mungkin bole dijadikan panduan untuk anak cucu saya nanti..
Bahan yang di gunakan.....
Beras
Santan bawang merah yang mayang
Halia dimayang
Sedikit halba
Daun pandan disimpul 
Sedikit garam.

Cara memasak....
Saya campurkan semua bahan kecuali beras kedalam periuk nasi.
Masak sehingga mendidih.
Bila dah mendidih baru masukkan beras Dan Masak nasi seperti biasa.
Masak dengan cara begini lebihan sedap


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukan anak cucu awak je boleh bljr..saya pun blh bljr..hihi..macam sedap je nasi lemak tu..tak tak titik air liur ni

ibusya berkata...

maaflah buat terliur. kalau dekat bole hulur je. ada lagi ni. memang sengaja masak lebih. tengahhari pon mkn nasi ni jgk. hihi

Aisy Nasiha berkata...

Pandai la budak2 tu mintak. Kebetulan mok dia pandai masak pula.. wani tak minta kek ke? Selalu dia suka minta kek kan? Padanla ada ibu rajin dan pandai masak

ibusya berkata...

wani skrg kurang mkn. asyik main je. tp kalau kita suapkan habis juga makanannya. syahirah dah oder dah sarapan untuk esok. dia nak bihun goreng yg panjang2. siap cakap nak yang color merah tak nak yg putih. hai ankku