Selasa, 4 Februari 2014

Mee sanggul Masak sup daging

Assalamualaikum... Selamat petang. Nilah mee sanggul sup daging yang kita orang makan malam tadi. Mee sanggul ni saya beli 2 minggu lepas kat pasar borong. Sebungkus ada 7 ketul sanggul harganya rm2 sahaja. Ok la kan? Apa yang mengujakan saya untuk beli mee ni wp tak tahu nak Masak apa ialah ia keluaran bumiputra Islam yang terjamin halal..

Selepas 2 minggu mee ni bertapa kat dapur tu, saya pon terpikir nak Masak sup... Nak guna bihun dah bias a sangat. Saya cuba-cuba la Masak mee sanggul sendeng ni. Rasanya pon ok. Sedap bg saya. Anak2 pon makan habis siap hirup2 lagi kuahnya.

Sebenarnya yang saya Masak ni bukanlah sup sangat pon... Caranya mudah.. Sy tumbuk bawang putih Dan bawang merah bersama sedikit lada hitam. Kemudian sy tumis menggunakan minyan zaitun.. Bila bawang dah Masak Dan wangi, saya masukkan hirisan dagingyang telah direbus bersama air rebusannya sekali. Letak la air ikut keperluan kuah korang ya.
Bila kuah dah mendidih, masukkan sayur apa saja yang korang nak, letak garam atau bahan perasa, sesudu cuka epal, Dan akhir sekali masukkan mee sanggul. Masak sampan mee lembut Dan bole dihidang.  
Senangkan......

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mee sanggul?hok nipis tu ke?

ibusya berkata...

Ya namanya mmg mee sanggul. Nanti lain Kali saya buat entry khas untuk perkenalkan mee sanggul.