Ahad, 23 Februari 2014

Resepi untuk blogger aisy nasiha

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera semua. Hari ni saya kongsikan resepi asam gumpal kuah nangka seperti yang telah saya janjikan pada rakan saya skit hari dulu.
Ok kita mulakan dengan bahan-bahannya:
Bahan sagu:
300gm biji sagu di cuci Dan toskan
1 cawan air suam

Bahan inti:
1 cawan kacang hijau
Gula melaka
Air.
**rebus kacang hijau hingga empuk Dan masukkan gula Melaka. Bila dah Masak, sejukkan. Selepas itu, bulat-bulatkan sebesar biji guli.

Bahan kuah:
Santan
Buah nangka
Gula.

Cara memasak...
1- masukkan air suam kedalam sagu Dan kepal-kepalkan. Letakkan inti di tengah Dan bulatkan kembali. Buat sampai siap Dan kukus selama  30 minit.
2- Masak santan hingga mendidih, masukkan gula Dan nangka. Seterusnya masukkan sagu yang telah siap di kukus kedalam kuah. Biar mendidih kejap Dan tutup API. Bole lah di sejukkan sebelum dihidang.
Harap fahamlah ya cara kat atas tu, selamat mencuba kawanku.


3 ulasan:

Aisy Nasiha berkata...

Nasib baik tgk blog ni sebelum ke hero... nati nk try beli bahan2, kalau menjadi i'll tell u later k. Thanks for sharing ... nampak cara macam faham, harapnya hasil oklah nanti..

Tanpa Nama berkata...

oo..macam ni

OKje berkata...

Ohhhh inilah asam gumpalnya....