Salam pagi ahad. Dah sarapan korang. Pagi ini berinspirasikan kehendak anak sulong saya, dengan usaha Selepas men google resepi, saya pon mulakan projek seawal 7 pagi. Bahan yang di gunakan mudah sahaja iaitu 3 cawan tepung, 1 cawan air, 1 Biji telor, 1 sudu kecil baking powder, 1 sudu gula, 3 sudu butter.
Semua bahan saya masukkan dalam mixer bowl n mix together selama 10 minit. Kemudian saya Bahagikan doh kepada 10 Bahagian dan bulat2kan seperti gambar di bawah.
Doh yang direhatkan sekejap. Sementara doh sedang beristirehat, bolelah Kita sediakan kuahnya. Saya buat Kari daging tetapi saya campurkan dhall, kentang dan lobat merah.
Semetara kuah tengah mendidih atas dapur, Jom Kita menebar... Tebar ker??? Hihihi. Kemudian buat seperti gambar diatas dan rehatkan sekejap sebelum dimasak atas kuali leper.
Roti canai yang sudah masak dan sedang menunggu untuk di tepuk-tepuk sayang..
Kuah Kari daging campur dhall .
2 ulasan:
wahh..caya lah sal
skali skala time mood rajin dtg bolelah
Catat Ulasan